Memori Berpuasa Sewaktu Kecil Yang Kita Tidak Boleh Lupakan.

Alhamdulillah pada tahun ini kita sekali lag berkesempatan untuk menyambut bulan ramadhan yang mulia. Apabila tiba sahaja bulan Ramadhan, sudah pastilah masing-masing akan mula merancang pelabagai aktiviti yang bermanfaat untuk di isi pasal bulan Ramadhan ni.

Tapi dalam pada masa yang sama, anda pasti mempunyai bermacam memori manis sewaktu menyambut Ramadhan dahulu. Betul tak?

Bila kita imbau kenangan berpuasa kita dahulu, sudah tentu akan membuatkan kita tersenyum lebar. Mana tidaknya,  suasana berpuasa dahulu dengan sekarang sangat berbeza. Bermacam kenangan manis yang telah tercipta terutama sekali jika kita mempunyai perangai nakal yang kita lakukan sewaktu bulan ramadhan dahulu.

Lebih-lebih lagi jika kita berpuasa di kampung halaman atau dalam erti kata lain berpuasa dalam suasana kampung. Berpuasa dalam suasana kampung memang agak sedikit berbeza. Ia mejadi lebih seronok terutama sekali jika berpuasa beramai-ramai. Banyak sebenarnya memori berpuasa sewaktu kecil yang sukar untuk kita lupakan. Antaranya ialah:

1- Kentung

Pada masa dahulu kentung adalah antara peralatan yang wajib ada di surau-surau di kampung. Apabila bunyi je kentung pada waktu maghrib, ia adalah saat di tunggu-tunggu bagi yang berpuasa. Mana tidaknya, bila bunyi je kentung pada lewat ni ia menandakan sudah masuknya waktu maghrib dan seterusnya waktu berbuka puasa. 

Waktu dahulu tidak sama macam waktu sekarang. Surau serta masjid-masjid dahulu akan mengetuk kentung ini pada 4 waktu solat. Selain itu, kentung ini juga akan diketukkan sehari sebelum puasa sebagai menandakan bahawa hari esoknya telah mula berpuasa.

 

2- Bertukar-Tukar Juadah Berbuka Puasa

Waktu kecil dahulu mak ayah kita selalu bertukar-tukar juadah dengan jiran-jiran di sekeliling rumah. Betul tak?? Ini adalah salah satu perkara yang selalu dilakukan setiap kali tibanya bulan ramadan. 

Cara ini adalah salah satu cara yang sangat baik dan dapat mengeratkan hubungan sesama jiran. Selain itu, ia juga memupuk semangat untuk bersedekah dan membantu sesama jiran. Namun negitu, amalan sebegini sudah jarang dilakukan pada masa kini. Tetapi ia merupakan memori manis buat kita, kerana bila brtukar-tukar juadah kita dapat bermacam juadah untuk di makan berbuka puasa. Waktu itu, meja makan rumah memang meriah dengan bermacam jenis juadah dan juga lauk pauk.

 3- Menguar-uarkan Pengunguman Puasa

Ada satu lagi memori bulan ramadan yang kita tidak boleh lupakan pada waktu dahulu, iaitu apabila sudah disahkan keesokanya puasa, anak muda akan mula mengelilingi kampung sambil menguar-uarkan bahawa keesokan harinya puasa. Waktu dahulu, tidak mmepunyai tv atau internet seperti sekarang yang mana mudah untuk kita tahu bila tarikh puasa.

Jadi, cara inilah yang akan di guanakn untuk membuat pengunguman puasa supaya mudah penduduk kampung tahu bahawa keesokanya adalah puasa. Suasana malam tu memang sangat riuh dan meriah. Selain itu, masing-masing akan mula keluar beramai menuju ke masjid untuk menunaikan solat tarawih.

4- Air Batu Ketul

Dulu kebanyakkan kampung di negara kita tidak mempunyai bekalan elektrik. Dahulu hanya menggunakan lampu minyak tanah sahaja sebagai sumber pengcahayaan. Disebabkan itu, waktu dahulu memang tidak ada peti ais atau freezer macam sekarang. Jadi, untuk menyejukkan tekak terutama sekali setelah seharian berpuasa, mak dan ayah kita akan mula membeli air batu ketul sebelum berbuka puasa. 

Jadi, waktu berbuka puasa dapatlah kita merasai minum minuman sejuk dan hilanglah rasa dahaga setelah seharian penat berpuasa. Air batu ketul ini harganya dahulu tidak mahal iaitu hanya sekitar 20 sen sahaja dan ia di beli dari seorang penduduk kampung yang bergelar tauke.

Apa yang lebih menarik, untuk mengelakkan dari air batu ketul ini cair, ia akan di simpan dengan menyalutkan habuk kayu di sekelilingnya dan ia dapat di simpan dengan agak lama.

5- Tak Puasa Tak Dapat Duit Raya

Perkataan ni selalu kita dengar dulu terutama sekali sewaktu masih kecil. Selalunya mak ayah atau sesiapa sahaja dalam keluarga pasti akan sebut “Tak puasa tak dapat duit raya”. Waktu itu, masing-masing akan mula berlumba-lumba untuk puasa penuh.

Waktu itu, kita akan berusaha untuk puasa penuh dan mula terbayangkan duit raya yang bakal kita dapat waktu raya nanti. Apa yang lagi best, kalau kita di tangkap “tidak berpuasa” kita akan di denda di mana tidak boleh berbuka sekali dengan orang yang berpuasa.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress