Selepas menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya,Ali Puteh ,Nor Hidayah balu allahyarham Abam Bocey terus menunaikan niatnya dengan bersedekah buah di surau.
Berkongsi berita gembira itu di laman Insta Story nya, Nor Hidayah atau lebih mesra disapa Dayah dilihat membeli buah-buahan untuk di sedekahkan di Surau Nurul Iman,Sesyen 6 Kota Damansara tadi.
Meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kes yang berlarutan selama dua tahun itu selesai dan dipermudahkan.
‘Terima kasih yang mendoakan saya dan hamzah,anak saya .Hari ini kita pi kedai buah nak bagi sedekah dekat masjid.Kita hantar menunjukkan rasa syukur .Alhamdulillah, lepas hajat kita.Terima kasih yang mendoakan dari A to Z’.Ujarnya.
Terdahulu dilaporkan Hidayah menang terhadap kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak,33.
Baca : Saman Kakak Ipar, Keputusan Kes Ali Puteh Bakal Terjawab Hari Ini
Baca lanjut : Reaksi Ali Puteh Selepas Kalah Kes Saman Terhadap Kakak Iparnya
Keputusan hakim Zulqarnain Hasan awal pagi tadi memerintahkan Ali Puteh untuk membayar sejumlah wang ganti rugi sebanyak RM60,000 . Pada prosiding itu juga, hakim membuat keputusan menolak tuntutan keluarga Allahyarham Abam Bocey atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dengan kos.
Saman yang dikeluarkan Ali selaku plaintif keempat bersama allahyarham ibunya Sabariah Arshad selaku plaintif pertama, bapa Syed Muhd Redzuan selakun plaintif kedua dan kakak Sharifah Norwahidah selaku plaintif ketiga sebagai tindak balas terhadap saman yang dikemukan oleh Nor Hidayah dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.-onviral