Subuh adalah satu waktu yang sangat penting dimana ia ibarat waktu emas bagi umat islam. Terdapat banyak kelebihan dan kebaikan yang boleh diperolehi pada waktu ini. Bangun sebelum waktu subuh amat digalakkan kepada umat islam untuk mengerjakan amalan seperti berzikir, melakukan solat sunat serta membaca baca al-Quran. Percaya atau tidak bahawa Fadilat waktu subuh sangat besar dimana amalan bangun sebelum waktu ini merupakan amalan yang dilakukan oleh kebanyakkan orang-orang berjaya. Mari kita ikuti sedikit perkongsian daripada saudara Afnan Rosli berkaitan waktu subuh.
“Dulu saya tak faham kenapa Allah suruh Solat Subuh sedangkan waktu tu adalah waktu orang masih tidur. Saya memang memikirkan persoalan ini sejak dari dulu lagi”.
“Tidak kira lah samada mereka baik atau sebaliknya, mereka sudah pastinya adalah jenis orang yang memberikan impak pada dunia sekeliling mereka. Adolf Hitler iaitu seorang tokoh politik di Jerman yang dikatakan jahat itu pun mempunyai rutin bangun diawal pagi”.
Pernahkah anda terfikir mengapa?
Orang yang berjaya bangun awal atau sebelum subuh ini mereka adalah orang yang mampu melakukan perkara-perkara yang hebat atau kita panggil Over achievers.
Masalahnya disini, saya juga bangun sebelum Subuh, bersiap dan sebelum subuh lagi saya sudah memandu ke tempat kerja.
“No, thats a different kind of story. Saya bukan bercakap soal bangun sebab terpaksa pergi kerja awal untuk mengelakkan kelewatan. Bangun pula kalut untuk bersiap dan itu sudah Vibrates at desperation. Itu sudah maksud sisi cerita lain”.
Di bawah adalah 5 SEBAB KENAPA ANDA KENA BANGUN AWAL PAGI:
MIND OVER MATTERS
Orang yang mempunyai rutin bangun awal, mampu mengawal minda menangkis segala alasan dan pengaruh luar. Minda kita adalah seperti otot dimana lebih banyak kita berlatih dan menggerakkannya maka ia akan menjadi lebih kuat.
Oleh itu, orang yang bangun awal setiap hari sedang melatih diri untuk take charge serta mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap minda mereka. “When You start to control your mind, you are actually start to control your life”.
MORE PRODUCTIVITY
“Jika kita sudah bangun 2 atau 3 jam lebih awal dari orang lain, sudah semestinya kita punya banyak masa untuk merancang, buat Mental rehearsal, juga buat persiapan untuk mind, body and soul untuk menghadapi hari yang penuh dugaan dan cabaran. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi dihadapan kita jadi kita perlu mempunyai kemampuan untuk melawan dan menghadapi semua rintangan mental terutamanya”.
Komuniti Spartan mempunyai satu pepatah “He who sweats more in Training, bleeds less in War.”
Meaning “If you go out on a battle with a well prepared condition, you will achieve more”.
STRENGTHEN WILL POWER
“Salah satu daripada kunci kejayaan dalam hidup ialah keazaman atau will power. Mereka yang mampu bangun awal pagi secara tidak langsung melatih diri mereka untuk mempunyai keazaman yang tinggi”.
Bukan senang nak tolak selimut pada waktu pagi. Maka itulah sebabnya orang yang kuat ialah orang yang mampu bangun serta mengerjakan solat Subuh berjamaah!
Nabi juga berpesan dimana solat 2 rakaat sebelum Subuh itu lebih bernilai dari dunia dan seisi nya. Hakikat yang kita mampu bangun sebelum subuh setiap hari merupakan satu tanda yang kita mempunyai will power yang tinggi.
START WITH VICTORY
Apabila kita bangun sebelum Subuh, kita sebenarnya sedang memulakan hari dengan satu atau banyak kejayaan Besar! Kita mengalami internal battle dengan diri kita sendiri sepanjang hari.
kemenangan di waktu awal pagi akan bawa kita pada kemenangan demi kemenangan disepanjang hari.
PEACEFUL
Seperti yang kita sudah maklum yang waktu sebelum subuh adalah waktu yang paling tenang, waktu yang paling tidak ada gangguan. Jadi, waktu itu lah kita perlu berlatih untuk menjadi orang yang sentiasa dalam keadaan tenang.
Robin Sharma memberikan pepatah, “Achieve more while the world is still sleeping.”
Maksudnya kita dah capai macam-macam semasa manusia didunia masih lagi diulit mimpi..
Jadi, Jika anda mahukan perubahan yang baik dalam hidup, mahu jadi Top Performers, mahu jadi Over Achievers, mahu jadi Best of the Best, jadi mulakan langkah untuk bangun awal mulai hari ini!
Percayalah, perubahan waktu anda untuk bangun awal pagi,serta cara anda bangun pagi, semestinya anda akan jadi orang yang sangat powerful dan berpengaruh. Percaya tak? Kena percaya!
“The body Achieves what the mind believes”
“Selamat memulakan pagi anda dengan KEKUATAN!,” kongsi saudara Afnan Rosli.