Mesti ramai orang cuak kalau sebut pasal lipan dalam rumah. Lagi-lagi lipan bara, baru tengok teru remang kan? Tak kesah sama ada kecik ke besar, nmapak je tak fikir apa dah mestu terus bunuh.
Walaupun mempunyai tubuh yang cenderung kecil, tetapi sering membuat banyak orang yang merasa takut. Pasalnya, haiwan yang sering tiba-tiba muncul dan merayap tersebut mempunyai bekas gigitan yang sangat menyakitkan.
Kesan sengatan lipan mengandungi racun yang berbahaya yang boleh membunuh haiwan yang bersaiz besar, malah sehingga 15 kali lebih besar daripada badannya
Okay balik pada topik asal! Tahu macam mana ada lipan dalam rumah?
Menurut satu kajian, lipan akan merayap di tempat yang mempunyai sumber makanan untuknya. Contoh makanan lipan seperti anai – anai, lipas, labah-labah dan lalat. Jangan panik korang! Kalau ada benda ni dekat rumah, faham sendiri lah yaa macam mana boleh ada lipan?
Jadi apa yang kita boleh buat, elakkan datangnya lipan dengan pastikan rumah sentiasa bersih dan bebas dari serangga perosak. Terutama dalam bilik air dan kawasan lembap.