Miliki Rumah RM250,000 & Kelengkapan Perabot Percuma

Mohon Rumah Idaman Selangor Bermula RM250,000

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin bin Shari telah melancarkan Rumah Idaman Selangor khas buat rakyat negeri ini.

Kerajaan Negeri Selangor akan membangunkan enam projek Rumah Idaman untuk membantu rakyat yang bekerja dan tinggal di Selangor memiliki kediaman pertama.

Projek dengan kerjasama anak syarikat LBS Bina Group, MGB Berhad dibina di lokasi strategik meliputi Bandar Saujana Putra, Shah Alam, Puchong, Cybersouth dan Bandar Puncak Alam, seperti yang dilaporkan melalui Selangor Kini.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Apakah Rumah Idaman Selangor?

Rumah Idaman Rakyat Selangor adalah merupakan Rumah Selangorku yang telah dinaiktaraf dengan spesifikasi dan kelengkapan dalaman kediaman dengan penambahan jubin, perabot dan sebagainya untuk ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 yang belum memiliki kediaman.

Ciri Dan Struktur Rumah?

    • Ruang Tamu
    • Ruang Dapur bersama kabinet
    • 2 Bilik Air
    • 3 Bilik Tidur
    • Ruang Parkir

Apakah Syarat Kelayakan?

    • Warganegara Malaysia sahaja;
    • Berumur 18 tahun dan ke atas sahaja;
    • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.
    • Pemohon & pasangan tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
    • Pemohon atau pasangan yang telah memiliki rumah kos rendah (Jenis A) selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon Rumah Selangorku Jenis B, C dan D dengan syarat mengemukakan surat permohonan bersekali dengan salinan Perjanjian Jual-Beli.
    • Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;Pemohon perlu berdaftar di atas talian laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Kemudahan dan Kelengkapan.

Ia turut disertakan dengan kelengkapan berikut;

  • 1 unit televisyen beserta kabinet
  • 1 unit peti sejuk
  • Sebuah kabinet dapur
  • 3 unit penyaman udara
  • 2 unit pemanas air dalam setiap bilik air
  • 3 buah almari pakaian disetiap bilik tidur

Berapakah Harga Rumah Idaman Selangor?

Harga bersih Rumah yang berada dibawah program ini bermula dari RM250,000.

Dimanakah Lokasi & Bilakah Akan Siap?

  1. Bandar Saujana Putra
    • Idaman BSP
  2. Shah Alam
    • Idaman Cahaya
  3. Puchong
    • Idaman Sari
  4. Cybersouth Sepang
    • Idaman Kita
    • Idaman Melur
  5. Bandar Puncak Alam
    • Idaman Perdana

Rumah Idaman di Bandar Saujana Putra akan dilancarkan pada November tahun ini dan dijangka siap penghujung 2024.

Maklumat Istimewa

Kerajaan negeri telah memastikan yang ia mudah diakses melalui lebuhraya utama supaya berdekatan dengan prasarana seperti;

    • Hospital
    • Sekolah
    • Universiti
    • Kemudahan pengangkutan awam
    • Pusat membeli belah dan pasaraya besar
    • Dan lain-lain

Bagaimanakah Cara Membuat Permohonan?

Untuk permohonan, anda perlu berdaftar di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di pautan berikut:

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan  berkaitan Rumah Idaman sila melalui laman sesawang www.platselangor.com atau idamanselangor.com.my 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress