Minta RM1 Untuk Basahkan Tekak, Kisah Warga Emas Ini Menginsafkan

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tanyalah kepada mana-mana pasangan ibu bapa, tentu saja semuanya sanggup melakukan apa saja demi cahaya mata tercinta. Ada yang sanggup berlapar asalkan anak cukup makan, ada pula yang rela menyarung pakaian lusuh demi mengumpul wang membelikan keperluan anak.

Ibu dan bapa adalah orang paling penting dalam kehidupan setiap orang terutama anak-anak. Mereka mesti dihormati dan dihargai. Jika suatu hari nanti mereka sudah uzur, jagalah mereka dan janganlah hanya meninggalkan mereka dalam keadaan seorang diri apabila masing-masing anak-anak sudah berjaya dalam kerjaya kelak.

Seorang pengguna media sosial tiktik telah berkongsi sati video yang agak menyedihkan tentang seorang lelaki warga emas berusia lebih kurang 70 tahun meminta sedekah RM1 hanya untuk membeli minuman. Agak sedih sekiranya seorang yang kelihatan uzur meminta wang daripada kita yang tidak dikenali semata-mata untuk mengalas perut ataupun berasa dahaga.

Video yang dikongsi tersebut menunjukkan lelaki warga emas tersebut pada masa yang sama telah bercerita serba sedikit mengenai dirinya yang mempunyai 5 orang anak dimana masing-masing sudahpun berkeluarga. Wajahnya yang berkeringat membuatkan para netizen berasa simpati dan sedih akan kisah yang berlaku terhadap warga emas ini.

Dia sempat menasihati pemilik akaun TikTok @boy2421_ tentang kehidupan berkeluarga sekiranya sudah berumah tangga kelak. Warga emas tersebut tersebut memaklumkan dia tidak mahu mengganggu anak-anaknya kerana masing-masing sudah berkeluarga. Kelihatan warga emas itu sedikit sebak apabila menceritakan tentang anak-anaknya.

@boyy2421_

Minta tolong viral.. biar buka mata sikit buat ank2 dia..walaupon dugaan pakcik mcm ni tpi kmi yakin allah sllu ada untuk pakcik..#viral #fyp #fypdong

♬ bunyi asal – abe Joe bachok – abe Joe bachok

@boy2421_juga sengaja memuat naik video tersebut supaya mebuka mata anak-anak pakcik berkenaan dan berharap agar kehidupan lelaki itu terus dilindungi oleh Allah S.W.T.

“Minta tolong viral.. biar buka mata sikit buat ank2 dia..walaupun dugaan pakcik mcm ni tapi kmi yakin Allah selalu ada untuk pakcik..” tulis boy2421_ pada kapsyen .

Melalui perkongsian terbabit, kebanyakan warganet berasa sedih, pilu, sebak dan berharap agar sesiapa yang masih ada ibu bapa menjaga mereka sebaiknya diwaktu tua nanti. Janganlah meminggirkan mereka sekiranya sudah berkeluarga kerana tanpa ibu dan bapa, kita tidak mungkin akan berada di puncak kejayaan. Ingatilah pengorbanan & usaha mereka membesarkan anak-anak.

Namun begitu diharap cerita yang disampaikan pakcik berkenaan bukan rekaan kerana bimbang akan ada yang mengganggap ia akan membuka aib keluarganya.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress