Mohon Bantuan Ehsan Pendidikan Bagi Pendapatan bawah RM3,000 | SDEP

Pihak kerajaan telah mewujudkan dan memperkenalkan pelbagai bantuan bertujuan membantu mereka yang memerlukan terutamanya dari kalangan B40.

Bantuan-bantuan ini termasuk bantuan dari Yayasan Pendidikan MARA (YPM), iaitu sebuah yayasan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tujuan bantuan ini adalah seperti di bawah :

    • Menubuh, menerima dan mentadbir kumpulan wang bagi kemajuan pendidikan, saintifik dan teknologi untuk Melayu dan Bumiputera.
    • Menubuhkan dan menyelenggara biasiswa, pinjaman, pemberian dan bantuan kewangan yang lain kepada Melayu dan Bumiputera bagi maksud membolehkan mereka meneruskan pengajian.
    • Mengadakan bantuan kewangan ke arah memperbaiki standard pendidikan Melayu dan Bumiputera dalam semua bidang.
    • Menyumbang bantuan kewangan ke arah penyelidikan dan pengajaran sainstifik bagi maksud meningkatkan taraf hidup Melayu dan Bumiputera.
    • Mengadakan bantuan atau pertolongan lain yang bersampingan dengan atau sesuai bagi pencapaian tujuan tersebut.

Baca Juga : Jom Semak! 17 Jenis Pengeluaran KWSP Mungkin Anda Belum Tahu

Di bawah adalah antara bantuan yang diperkenalkan oleh YPM:

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)

Melalui SDEP, pihak YPM akan menyediakan bantuan kewangan secara one-off bagi meringankan beban pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).

Perlaksanaan SDEP INI diberikan hanya sekali dalam tempoh pengajian sebagai salah satu langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga berpendapatan rendah agar mereka dapat meneruskan pengajian tanpa sebarang kesulitan.

Objektif utama SDEP adalah:

    • Membantu meringankan beban pelajar yang mempunyai masalah yuran tertunggak;
    • Membantu pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau pinjaman.;
    • Membantu pelajar yang teraniaya atau tertipu oleh institusi pengajian;
    • Menyediakan sara hidup bagi pelajar yang memerlukan;
    • Memastikan sistem penyampaian pembiayaan yang efisien, cepat, tepat dan betul.

Kriteria & Syarat Kelayakan Permohonan

    • Bumiputera warganegara Malaysia
    • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000 sebulan
    • Mendapat tawaran atau telah mendaftar atau sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf

Langkah Permohonan

Pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan perlu mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun di portal rasmi YPM. Sila tekan pautan untuk muat turun borang

KLIK DI SINI –  Muat turun borang permohonan

Bagaimanapun buat masa ini, permohonan SDEP ditutup buat sementara waktu dan pihak YPM akan maklumkan dari semasa ke semasa. Anda boleh layari pautan muat turun borang dari semasa ke semasa untuk menyemak jika permohonan sudah boleh dilakukan.

Untuk makluman anda, pada tahun ini seramai 1,099 pelajar yang kurang berkemampuan di IPTA seluruh negara telah menerima manfaat di bawah Skim SDEP ini.

Soalan Lazim

Soalan : Adakah tajaan untuk pengajian/pelajaran daripada MARA dikendali oleh YPM?
Yayasan Pelajaran MARA (YPM) tidak mempunyai kaitan langsung dalam urusan berkaitan tajaan pengajian/pelajaran daripada MARA, anda boleh merujuk perkara ini terus dengan pihak MARA.

Soalan : Adakah YPM merupakan sebuah badan kerajaaan?
Tidak. Yayasan Pelajaran MARA (YPM) merupakan subsidiari MARA.

Maklumat Lanjut

Sila tekan pautan untuk mendapatkan maklumat lengkap berkenaan SDEP – KLIK DI SINI

 

Baca Juga : Kajian Awam Dibuat, Rupanya Ramai Juga Tak Setuju RM10K KWSP Dikeluarkan | Lihat Hasil Soal Selidik

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress