Kemudahan baru untuk para peminjam PTPTN yang berada dalam bentuk insentif diskaun setelah kerajaan bersetuju untuk mengurangkan beban hutan pelajar.
Diskaun ini boleh diguna pakai bermula 1 November 2021 Sehingga 30 April 2022.
Terdapat 3 Bentuk Diskaun akan diberikan :
-
- Diskaun 15% : Untuk peminjam yang membayar secara penuh.
- Diskaun 12%: Peminjam yang Membayar sekurang-kurangnya 50% dari baki hutang.
- Diskaun 10%: Peminjam yang memilih potongan terus melalui gaji ataupun debit yang mengikut jadual.
Cara Bayar Hutang PTPTN Guna Diskaun
Sebelum itu dapatkan pengesahan baki hutang pada portal rasmi PTPTN di pautan: https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama .
Pastikan anda tahu no pinjaman.
Setelah pengesahan telah berlaku, anda boleh bayar mengunakan saluran saluran yang disediakan PTPTN. Login PTPTN SINI.
Untuk mereka yang membayar mengunakan potongan gaji atau debit boleh melawatkan pautan dibawah:
Penyata akaun pinjaman akan dikemas kini setelah pembayaran dibuat dan dapat dilihat pada bulan berikutnya.
IJika masih kurang jelas berkenaan diskaun ini , sila layari FAQ PTPTN
Soalan Lazim
Berapakah Diskaun Yang Diberikan Kepada Peminjam PTPTN?
10% hingga 15%.
Bilakah Tarikh Akhir Penawaran Diskaun Ini?
30 April 2022.
Adakah Pembayaran Melalui KWSP Dibenarkan?
Ya.