Mohon Segera! Bantuan Kerajaan Yang Mungkin Masih Ada Yang Belum Mohon.
Untuk makluman anda, bagi kejadian banjir di negeri Kelantan Terengganu dan Pahang, sudah ramai yang menjangka dan membuat persediaan awal akan bencana banjir ini tetapi tidak untuk negeri negeri di pantai barat termasuk di Kuala Lumpur Kl Selangor dan juga Perak.
Mungkin semua sudah maklum yang selepas banjir besar yang berlaku pada tahun 1971, sekali lagi bencana besar berlaku melibatkan negeri Selangor Kuala Lumpur KL Perak dan tidak lupa juga Pahang Terengganu dan Kelantan.
Jika dilihat pada jumlah kerosakan, kerugian yang dialami mangsa banjir cukup besar yang mana ini telah membuatkan kerajaan Malaysia bersetuju untuk menyalurkan bantuan segera termasuk membaiki kerosakan dan juga bantuan one off.
Sila baca artikel ini sehingga selesai untuk mengetahui bantuan mangsa banjir dan juga bantuan-bantuan lain yang masih boleh dipohon yang tidak berkaitan dengan bencana. Sekurang-kurangnya dapat menambah kepada bantuan yang telah diberikan disamping untuk mendapatkan hak anda.
Bantuan Wang Ihsan RM1000
Untuk makluman anda, anda sama sekali tidak disediakan borang permohonan bantuan wang ihsan RM1000 untuk anda isikan. Ini kerana kerajaan mahu mudahkan cara mohon duit bantuan bwi 1000. Apa yang perlu anda lakukan adalah:
-
- Serahkan senarai nama anda sebagai ketua keluarga penerima bantuan kepada ketua kampung atau pegawai daerah di tempat anda
- Pegawai daerah akan kumpulkan senarai nama penerima untuk diserahkan kepada setiausaha kerajaan negeri Selangor dan Pahang untuk tujuan semakan dan pengesahan
- Kerajaan negeri Selangor dan Pahang akan memberikan wang bayaran terus kepada anda selepas menerima pembayaran dana peruntukkan dari pihak NADMA Malaysia
Maklumat Lanjut
Sila tekan pada pautan untuk maklumat lanjut. Kemudian tekan “Bantuan Khas” KLIK DI SINI
Bantuan RM 300 Untuk Bujang 2021 (BKC)
Bantuan yang ditunggu-tunggu pada bulan Disember ini, BKC Fasa 3 telahpun dikreditkan ke dalam akaun masing-maisng sudah pun bermula.
Bantuan BKC ini terbahagi kepada 3 fasa iaitu Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3.
Berikut adalah tarikh bayaran yang dijadualkan bagi ketiga-tiga fasa BKC tersebut.
-
- BKC Fasa 1 : Mulai 6 September 2021 (Bagi kategori M40 bermula 9 September 2021)
- BKC Fasa 2 : Mulai 25 November 2021
- BKC Fasa 3 : Disember 2021
Penerima bagi setiap fasa BKC adalah seperti berikut:
-
- Fasa 1: Miskin Tegar (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas) , B40 (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas) & M40 (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas)
- Fasa 2: Miskin Tegar (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas)
- Fasa 3: B40 (Kategori Berkahwin) & Miskin Tegar (Kategori Berkahwin)
Anda boleh membuat semakan status kelayakan Bantuan Khas Cov19 melalui cara berikut:
Layari laman sesawang https://bkc.hasil.gov.my (Portal rasmi BKC)
Maklumat Lanjut
Sila tekan pautan untuk maklumat lanjut. KLIK DI SINI
Bantuan RM 350 Untuk Bujang 2021 (BKM)
Untuk makluman, data bagi penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak mendapat kelulusan atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.
Akan tetapi permohonan baru BKM masih perlu dilakukan sekiranya pemohon tidak mempunyai rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dilakukan bermula 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).
Maklumat Lanjut
Sila tekan pautan untuk maklumat lanjut. KLIK DI SINI