Mohon Sekarang! | Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Mei 2022

Pada April 2022, pelbagai jenis bantuan disalurkan kepada mereka yang layak sempena kedatangan bulan mulia Ramadan.

Menjelang bulan Mei, pelbagai bantuan lain terus disalurkan kepada rakyat selaras dengan perancangan kerajaan melalui Bajet 2022 dan pengumuman lain. Berikut adalah senarai bantuan kerajaan dan tarikh Mei 2022:

Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Mei 2022

a) Bantuan e-Pemula RM150

Program ePemula merupakan inisiatif kerajaan di bawah Bajet 2022 yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan belia serta membantu memulihkan perniagaan pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.

Ia terbuka kepada belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di peringkat Diploma atau SKM4 dan ke atas di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terbabit.

Tempoh tuntutan kredit e-tunai sebanyak RM150 dibuka mulai 11 April 2022 hingga 1 Jun 2022 dan kredit boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Cara Tebus e-Pemula: klik DISINI

b) Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Bagi mereka yang permohonan BKM ditolak, Rayuan BKM dibuka selama sebulan bermula 02 Mei hingga 02 Jun 2022. Bagi prosedur rayuan, pemohon perlu mengenal pasti Kod Sebab Tidak Lulus dan mengemukakan Bukti Dokumen Sokongan yang diperlukan ke dalam sistem semasa permohonan rayuan dalam talian. atau dikemukakan kepada Cawangan LHDNM untuk permohonan Rayuan secara manual.

Mohon Rayuan BKM RM2000: klik DISINI

c) Permohonan Tablet Percuma

Bantuan Tablet Percuma atau dikenali sebagai PerantiSiswa2022 ini diperkenalkan Kerajaan selaras dengan pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat. Ia terbuka kepada pelajar daripada keluarga B40 (pendapatan isi rumah RM4,850 ke bawah) yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda.

Permohonan boleh dikemukakan di portal rasmi Perantis KKMM.

d) Bantuan BMT RISDA RM600

RISDA telah memperkenalkan bantuan kewangan sebanyak RM600 di bawah Bantuan Monsun (BMT). Permohonan untuk tahun 2022 telah pun dibuka pada 05 Mei sehingga tarikh tutup 15 September 2022.

Permohonan BMT boleh dihantar secara dalam talian di Portal Pekebun Kecil RISDA (klik DISINI).

Pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan dalam dua fasa (RM300 setiap fasa) pada November dan Disember 2022.

e) Bantuan Bulanan JKM

Bagi mereka yang telah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tarikh rasmi pembayaran untuk bulan Mei adalah dari 25 -30 April 2022.

Download borang permohonan JKM di sini.

Info Lanjut

Setakat ini sahaja untuk bantuan kerajaan bulan Mei ini. Segala jenis bantuan kerajaan yang lain Portal Malaysia akan update di dalam website dengan pantas. Mohon bookmark website ini untuk rujukan masa depan.

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress