Cara Mohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2021
Dana ini bersifat secara one-off bagi setiap peringkat pelajaran. Namun, permohonan hanya boleh buat sekali sahaja.
Sila baca syarat dan bagaimana untuk memohon?
Apakah Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS)?
SPZAS adalah bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara dan luar negara bagi golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.
SPZAS ini disasarkan kepada golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.
Berapakah Kadar Sumbangan SPZAS?
Kadar sumbangan ialah sebanyak RM700 (SPZAS IPT dalam negara) & RM2,500 (SPZAS IPT luar negara) bagi setiap peringkat pengajian seperti dinyatakan di atas.
Apakah Syarat-syarat Permohonan SPZAS?
Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor IPT dalam negara hanya terbuka kepada pelajar semester/tahap dua (2) dan ke atas yang melanjutkan pengajian di peringkat:
-
- Sijil
- Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi
- Diploma/Diploma Lanjutan
- Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional
- Ijazah Sarjana (Master)
Permohonan SPZAS IPT luar negara pula hanya terbuka kepada pelajar di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara Mesir, Jordan serta Morocco yang melanjutkan pengajian di peringkat:
-
- Ijazah Sarjana Muda
Apa Kriteria Kelayakan?
Kriteria kelayakan sumbangan adalah seperti berikut:-
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Ketua keluarga/penjaga lahir ahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
- Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan hanya untuk semester kedua (IPTA/IPTS)/SKM tahap dua(ILK/ILKS) dan ke atas sahaja (Bagi peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi yang tiada semester/tahap adalah layak memohon)
- Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan hanya untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara Mesir, Jordan dan Morocco.
- Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan RM7,000 bagi SPZAS IPT luar negara.
Bilakah Tarikh Permohonan
Para pelajar boleh membuat permohonan ini bermula dari 20 November sehingga 21 Disember 2021 secara dalam talian di www.zakatselangor.com.my/spzas .
Bagaimana Cara Permohonan?
permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan www.zakatselangor.com.my/spzas bermula dari 20 November sehingga 21 Disember 2021.
Terdapat 11 (sebelas) dokumen yang diwajibkan untuk setiap pemohon memuat naik sewaktu permohonan dilakukan iaitu:
- Kad Pengenalan Pemohon
- Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga
- Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga
- Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
- Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan Terkini(Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
- *Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini/semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atase Pendidikan Selangor)
- *Borang Pengesahan Permastautinan yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
- Penyata Akaun Bank Pemohon yang masih aktif (Bagi Pengesahan No Akaun Bank)
- Kad OKU (Jika Berkenaan)
- Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)
- Pasport dan Visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara)
*Nota: Borang-borang ini boleh dimuat turun di www.zakatselangor.com.my/spzas.
Bil | Borang | Muat Turun |
---|---|---|
1 | Borang Pengesahan Belajar | Muat Turun Borang |
2 | Borang Pengesahan Pemastautin | Muat Turun Borang |
3 | Borang Pengesahan Pendapatan | Muat Turun Borang |