10 Situasi Si Kecik MYVI Menjadi Raja Jalanan. Gambar No 6 Paling Power.

Bila sebut sahaja mengenai Myvi, pasti semua rakyat di negara kita sangat mengenalinya. Myvi adalah salah sebuah model keluaran Perodua Malaysia. Walaupun saiz Perodua Myvi agak sedikit kecil tetapi ia bukan sebarang kecil sebaliknya kecil-kecil cili api.

Mana tidaknya, semenjak dikeluarkan sehingga ke hari ini Myvi telah berjaya memikat dan memenangi hati rakyat Malaysia. Dengan rupa yang menarik dan pelbagai ciri-ciri yang di tawarkan pada model Myvi menjadikan ia sebagai salah sebuah model yang mencatatkan penjualan yang tertinggi.

Ada Beberapa Moment Kelakar Mengenai Myvi

Tetapi dalam pada Myvi terkenal dengan segala teknologi yang di tawarkan, ada beberapa momen kelakar yang menyebabkan Myvi ini terus dikenali sehingga ada yang menggelarkan Myvi sebagai “King Of Highway”. Jom kami kongsikan gambar moment kelakar mengenai Myvi. Antaranya ialah:

1- Myvi Boleh Jadi Kereta Terbang 

Nak terbang ke mana-mana tapi tak nak naik kapal terbang? Jangan risau Myvi boleh jadi kereta terbang dan kereta terbang pertama di negara kita. Ini adalah moment di mana Myvi terbang sejauh 50 meter dan menrentasi longkang besar.

2- Myvi Boleh Buat Aksi Stunt

Bukan kita sahaja yang boleh buat aksi stunt tetapi Myvi pun boleh buat aksi stunt tau macam dalam gambar ni

3- Myvi Kereta Teleportasi Pertama

Gambar ni antara yang pernah viral dahulu di mana Myvi terperosok ke dalam lubang akibat jalan mendap. Apa yang menariknya, ramai yang edit gambar Myvi kononya sedang teleportasi dan sertai avengers berperang. Ia seolah-olah menunjukan kita boleh teleportasi dekat mana sahaja

4- Myvi Boleh Bertukar Menjadi Bot

Ramai yang tidak tahu, Myvi boleh bertukar tau, bertukar macam transfomers tapi Myvi bertukar menjadi bot. Senang nak meredah sungai atau laut

5- Banjir? Tak Perlu Risau, Myvi kan Ada

Satu lagi kelebihan Myvi, dekat darat dia boleh jalan dekat dalam air pun boleh dia boleh jalan. Memang lasak betul Myvi ini.

6- Myvi Boleh Di Bawa Atas Laluan Kereta Api

Dekat darat dia boleh, dekat air dia boleh dekat atas laluan kereta api pun boleh bawa Myvi. Memang tak rugi pakai Myvi ni semua tempat kita boleh bawa Myvi.

7- Myvi Terbang Versi 2.0

Sekali lagi Myvi membuktikan kehebatanya sebagai kereta terbang tetapi kali ini dia mendarat atas kereta orang lain pula.

8- Myvi Boleh Menggantikan Lori

Satu lagi kelebihan Myvi yang perlu anda tahu ialah ia boleh dijadikan sebagai pengganti lori. Jadi, anda boleh bawa barang yang besar dan boleh bawa balik tanpa perlu memikirkan dekat mana nak cari lori. Senang kata Myvi boleh dijadikan sebagai kenderaan pelbagai guna.

9- Myvi Masuk F1

Jangan terkejut kalau suatu hari nanti Myvi pun boleh masuk F1. Nak tahu sebab apa?? Sport car dia boleh potong macam itu sahaja. Boleh tercengang pemandu F1 di buatnya.

10- Kereta Perisai

Satu lagi kelebihan utama Myvi ialah ia boleh bertukar menjadi kereta perisai. Tengok macam gambar ini elok je keretanya walaupun baru lepas di langgar. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *