Moratorium Automatik: 3 Bulan Untuk B40, M40 & Golongan Terjejas

Semasa pembentangan pakej bantuan PEMERKASA Plus, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan moratorium automatik selama 3 bulan untuk B40, M40 dan golongan terjejas.

Tujuan pakej bantuan ini disalurkan adalah untuk membantu rakyat bagi menghadapi PKP 3.0 serta merangsang ekonomi rakyat.

Baca Juga: Intipati Bantuan PEMERKASA Plus

Berita baik buat mereka yang menanti maklumat terkini berkaitan moratorium. Kami dari OnViral akan kongsikan kepada anda maklumat berkaitan moratorium ini.

3 Matlamat Utama PEMERKASA Plus

Berikut merupakan 3 matlamat utama pakej stimulus PEMERKASA Plus bernilai RM40 billion ini:

  • Pertama: Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
  • Kedua: Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  • Ketiga: Menyokong Kelangsungan Hidup

Kategori Bantuan

  • Moratorium pinjaman selama 3 bulan atau;
  • Pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan

Rujuk initipati penuh pakej bantuan: PEMERKASA Plus – Bantuan PKP 3.0

Kelayakan Moratorium Mengikut Kategori

Kategori 1

  • Hilang pekerjaan, B40 & M40 yang layak Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Jenis Moratorium

  • Moratorium 3 bulan, atau
  • Pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan.

Moratorium Automatik

Kategori 2

  • Pendapatan Isi Rumah berkurang (Gaji, Elaun & Komisen)

Jenis Moratorium

  • Pengurangan ansuran bulanan selaras dengan pendapatan yang berkurangan.

Moratorium Automatik

Panduan Permohonan Moratorium Automatik Bank

Untuk permohonan moratorium PKP 3.0 ini, anda perlu menghubungi bank anda masing-masing untuk ketahui proses permohonan yang lebih lanjut.

Kami kongsikan kepada anda link permohonan bagi setiap bank di Malaysia, klik pada link tersebut dan isi borang permohonan moratorium secara atas talian.

  1. Moratorium Maybank: Permohonan
  2. Moratorium Public Bank: Permohonan
  3. Moratorium Affin Bank: Permohonan
  4. Moratorium CIMB: Permohonan
  5. Moratorium Bank Rakyat: Permohonan
  6. Moratorium RHB: Permohonan
  7. Moratorium Bank Mualamat: Permohonan
  8. Moratorium Bank Islam: Permohonan
  9. Moratorium BSN: Permohonan
  10. Moratorium Ambank: Permohonan
  11. Moratorium HSBC: Permohonan

Setiap bank telah menawarkan pakej bantuan moratorium bagi mengurangkan beban perbelanjaan & pinjaman akibat wabak COVID-19 ini.

Moratorium M40 juga turut disediakan jika anda perlukan pakej ini.

Soalan Lazim

1. Siapakah yang layak memohon moratorium bank untuk PEMERKASA Plus?

  • Peminjam B40, M40, & T20 serta penerima BSH atau BPR layak mendapat moratorium.

2. Bagaimanakah cara untuk memohon moratorium?

  • Untuk melakukan permohonan, peminjam perlu rujuk ke bank masing-masing. Sila rujuk laman web ini untuk dapatkan borang.

3. Berapa lamakah lagi moratorium automatik ini?

  • Dalam PEMERKASA Plus, anda akan dapat bantuan moratorium automatik ini selama 3 bulan.

Info Tambahan

Jika anda perlukan info yang lebih lanjut mengenai moratorium terkini, anda boleh layari https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/ atau hubungi bank masing-masing.

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress