MPM Majlis Peperiksaan Malaysia : Sebahagian besar perkhidmatannya kini di Internet

Majlis Peperiksaan Malaysia biasanya hanya dikaitkan dengan semakan keputusan peperiksaan. Sebab itulah setiap kali musim keputusan peperiksaan persekolahan dikeluarkan, MPM akan menjadi fokus ramai.

Namun, adakah itu satu-satunya fungsinya? Baca lanjut untuk lebih tahu.

Apakah MPM?

Ianya ditubuhkan pada 1 Februari 1980 mengikut Akta Majlis Peperiksaan Malaysia sebagai sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). 

Penubuhannya bertujuan mengelola peperiksaan tertentu dan semua perkara berkaitan yang perlu.

Antara peperiksaan yang dikendalikan MPM ialah Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), iaitu mulai 1982. Sebelum itu, peperiksaan setaraf dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) dikendalikan University of Cambridge.

MPM juga kemudian dipertanggungjawabkan mengendalikan Malaysian University English Test (MUET). Ujian ini wajib diduduki semua pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). 

Satu perkara menarik mengenai penubuhannya ialah kewujudan majlis ini antara lain bertujuan merealisasikan usaha mengendalikan peperiksaan awam dalam bahasa Melayu sepenuhnya. 

Ini selaras dengan semangat dan matlamat dasar bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Perkhidmatan Online MPM

Apakah fungsi asasnya?

Fungsi asas MPM antara lain ialah;

  • Mengkaji, mengemaskini dan menggubal kandungan peperiksaan
  • Menyedia peraturan dan skema peperiksaan
  • Menggubal dan menyedia kertas soalan dan bahan peperiksaan
  • Menyelaras pendaftaran calon peperiksaan
  • Mengendali peperiksaan dan pemarkahan jawapan peperiksaan 
  • Menyemak keputusan peperiksaan
  • Menetapkan piawai kertas dan mata pelajaran
  • Menganugerahkan keputusan peperiksaan
  • Mengkaji perilaku calon dan hal-hal lain berkaitan peperiksaan
  • Mengelola rayuan calon mengenai sesuatu keputusan peperiksaan
  • Melatih kakitangan dan urusetia yang dilantik 

Secara umum, MPM bermatlamat menjadi badan pentaksiran yang mampu mengukur potensi insan secara menyeluruh menepati nilai dan norma murni sejagat.

SAPS (Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah)

Perkhidmatan MPM di Internet

Kini, berikutan perkembangan pesat dalam era teknologi Internet dan sebaran maklumat, MPM banyak menyediakan perkhidmatannya kepada kumpulan sasaran menerusi online.

Ini termasuklah membabitkan soal pendaftaran online, semakan keputusan, pendaftaran rayuan menyemak semula keputusan peperiksaan, memohon salinan sijil peperiksaan dan menyemak permohonan pindahan pusat peperiksaan untuk STPM dan MUET dan berkaitan.

Semak Keputusan Semester / Ulangan STPM

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress