MRSM-Syarat Kelayakan Untuk Memohon MRSM

MRSM adalah salah satu institusi pengajian yang terkenal dan antara yang menjadi pilihan kebanyakkan Mjrid di negara kita.

MRSM

Terutama sekali buat mereka yang menggemari bidang sains. Justeru itu, tidak hairanlah jika MRSM telah menjadi antara sekolah yang terbaik di negara kita dan telah melahirkan ribuan murid cemerlang cemerlang terutama sekali dalam aliran sains. Bukan itu sahaja, boleh di katakan hampir setiap tahun permohonan kemasukan pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 semakin meningkat.

Syarat Umum Kemasukkan Ke MRSM

Bukan itu sahaja, kebnayakkan ibu bapa juga turut menggalakkan anak-anak mereka untuk memohon masuk ke MRSM terutama sekali jika anak mereka sangat meminati aliran sains. Tetapi sebelum hendak membuat permohonan ke MRSM kita perlulah tahu syarat kemasukkanya. Antara syarat kemasukan ialah:

  • Calon warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  • Calon mestilah memohon atas talian (online).
  • Calon mengikuti Kurikulum Kebangsaan serta Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun semasa yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR/PT3), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  • Calon mestilah berminat belajar di MRSM.
  • Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang
  • Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum

Syarat Khusus Bagi Kemasukan Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 

Selain dari syarat umum di atas, ada beberapa syarat khusus yang wajib di penuhi oleh murid-murid, sekiranya mahu masuk ke MRSM. Antara syarat khususnya ialah:

  1. Pencapaian akademik yang cemerlang.
  2. Calon mestilah aktif dalam bidang kokurikulum.
  3. Keutamaan diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40).
  4. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit.

Baca Juga: Permohonan Biasiswa JPA untuk Pelajar Diploma dan Degree

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Mungkin ada antara anda yang tidak mengetahui, untuk masuk ke MRSM murid perlu melalui ujian kecenderungan. Ianya adalah wajib untuk setiap murid yang mahu memasuki ke MRSM sebelum permohonan mereka diluluskan. Ujian ini diadakan untuk memastikan murid yang benar-benar layak sahaja akan di terima masuk. Ujian UKKM yang akan dilalui oleh bakal murid adalah meliputi:

  1. Matematik- 20 soalan objektif (30 minit)
  2. Bahasa Inggeris- 15 soalan objektif (30 minit)
  3. Sains- 30 soalan objektif (30 minit)
  4. Keperibadian- 100 soalan objektif (30 minit)
  5. Hafazan dan Tulisan Jawi (pengambilan untuk Ulul Albab Sahaja) (35 minit).

Cara Untuk Memohon Kemasukan

Untuk permohonan kemasukan, biasanya akan ada ada pengunguman rasmi daripada pihak MRSM mengenai tarikh permohonan yang terbaru. Permohonan kemasukan hanya boleh dilakukan secara online dengan cara:

  1. Layari laman web berikut iaitu Portal Rasmi Permohonan MRSM
  2. Klik bahagian ‘Permohonan.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna.’
  4. Masukkan no. kad pengenalan dan klik butang ‘Hantar.’
  5. Isi maklumat Nama, Email dan Sekolah dengan lengkap dan klik butang ‘Hantar.’
  6. Satu mesej memaparkan pendaftaran telah berjaya dan disertakan dengan kata laluan. Kata laluan tersebut juga dihantar ke email yang didaftarkan.
  7. Log in dengan memasukkan no. kad pengenalan pemohon dan kata laluan yang diberikan.
  8. Kemudian, klik butang ‘Log Masuk.’
  9. Lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Maklumat Ibu, Bapa dan Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan MRSM, dan Maklumat Pilihan Pusat Ujian dengan lengkap.
  10. Tandakan (/) di bahagian pengakuan pemohon dan klik butang ‘Hantar.’

Syarat Ini Menunjukan Ia Sebuah Sekolah Yang Mementingkan Kualiti

Kesimpulanya, dengan syarat yang ditetapkan ia menunjukan ia sebuah sekolah sangat mementingkan kualiti dan mahukan murid yang belajar di sini juga menjadi seorang murid yang benar-benar berjaya.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress