Mudah & Lebih Murah! | Langkah Beli RFID Online Guna Apps Touch n Go

Untuk makluman anda, Kementerian Kerja Raya telah mengumumkan pelaksanaan RFID di tol seluruh Semenanjung Malaysia mulai 15 Januari 2021.

Dengan bermulanya pelaksanaan ini, penggunaan kad Touch n Go dan Smart Tag bakal dimansuhkan.

Untuk itu, sudahkan anda mendapatkan tag pelekat / sticker RFID?

Sekiranya belum, anda boleh mendapatkannya secara online saja melalui aplikasi eWallet Touch n Go.

Langkah Pembelian RFID & Harga Terkini

RFID boleh dibeli melalui laman web Touch n Go atau Aplikasi Touch n Go eWallet. Harga tetap untuk jualan RFID ini ialah RM35.

Kalau anda beli di eWallet, sekarang ni ada diskaun, jadi boleh dapat harga lebih murah iaitu RM25. Jadi lebih untunglah beli di TNG eWallet kan?

Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk membeli RFID:

    • Muat turun aplikasi Touch n Go eWallet di Google Playstore atau Apple iStore
    • Daftar Sebagai Pengguna
    • Log masuk
    • Tekan ikon Toll (rujuk gambar di bawah)
    • Pilih RFID
    • Tekan Order RFID Tag
    • Tekan butang Buy Now
    • Buat pembayaran
    • Selesai. Tunggu kad anda dihantar ke rumah!

Kelebihan Menggunakan RFID

Mungkin ramai yang mengeluh dengan pemansuhan kad Touch n Go dan Smart Tag. Maklumlah, tentu banyak pendapat dan reaksi orang ramai apabila nak beralih ke sesuatu yang baru.

Namun tahukah anda, sistem ini sebenarmya memudahkan pengguna jalan raya dan dapat mengurangkan kesesakan di plaza tol.

Di sini kami kongsikan pengalaman menggunakan RFId oleh Haziq Abd Razak yang dah setahun menggunakan RFID.

Sekadar kongsi pengalaman setahun menggunakan RFID.

    • Kos RFID lebih rendah berbanding smart tag, bateri pun tak perlu beli.
    • Bayaran tol akan ditolak dari akaun tng e-wallet (RM 44.71 dlm gmbr)
    • Tak perlu ke kaunter untuk tambah nilai. Guna online banking je.
    • Isteri pakai kereta pun tak risau, suami boleh topup dari jauh.
    • Tak perlu buka tingkap bila sampai di tol. Jimat masa.
    • Jika ada lebihan duit dlm e-wallet, boleh guna untuk beli barang di kedai runcit.

Baca Juga : Kajian Awam Dibuat, Rupanya Ramai Juga Tak Setuju RM10K KWSP Dikeluarkan | Lihat Hasil Soal Selidik

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress