Muet 2021 : Cara Daftar Muet Secara Online Dengan Mudah

muet 2021

MUET 2021. MUET adalah ujian bahasa inggeris tahap tinggi yang sangat penting dan wajib di duduki oleh semua pelajar IPT di negara kita.

Ini kerana, MUET adalah salah satu syarat wajib untuk pelajar IPT melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Ujian MUET adalah salah satu ujian berperingkat dengan bertujuan untuk mengukur tahap kemampuan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar IPT dan dalam pada masa yang sama ia adalah salah satu syarat wajib untuk kita menyampung pengajian ke peringkat Ijazah.

Cara Untuk Mendaftar MUET 2021

Sebelum menduduki ujian , sudah pastilah kita perlu mendaftar terlebih dahulu. Pendaftaran Ujian MUET hanya boleh dilakukan secara online dengan cara:

  1. Sebelum hendak mendaftar ujian MUET 2021, anda dinasihatkan untuk membeli nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terlebih dahulu.
  2. Kemudian, jika anda merupakan calon baru MUET biasa, anda perlu masuk ke pautan eSubmission MPM online kemudian, klik pada pautan “Calon Persendirian”
  3. Seterusnya, masuk ke pautan “Daftar Pengguna”.
  4. Kemudian, anda perlu mengisi maklumat daftar pengguna yang di minta dengan selengkapnya dan
  5. selepas anda selesai mengisi maklumat daftar pengguna, anda perlu klik ikon “Permohonan MUET”
  6. Dekat bahagian ini, anda perlu masukkan nombor pin yang telah anda beli di BSN.
  7. Akhir sekali, anda perlu mengisi maklumat pendaftaran MUET 2021 anda. Di sini, anda perlu mengisi dengan penuh teliti dan pastikan segala maklumat yang anda isi adalah betul untuk mengelakkan masalah kepada pendaftaran dan sewaktu anda hendak menduduki ujian nanti.

Baca Juga: Permohonan Semak Semula Keputusan SPM

Cara Hendak Membuat Semakan MUET 2021

Setelah membuat pendaftaran, biasanya permohonan anda akan di proses dan kemudian anda boleh mula membuat semakan permohonan anda, Caranya adalah seperti berikut:

  • Taip: MUET (jarak) RESULT (jarak) No. Kad Pengenalan seterusnya hantar ke 15888
  • Atau anda boleh semak di laman rasmi majlis peperiksaan Malaysia  setelah tarikh semakan di buka atau anda boleh klik di sini

Tarikh Penting MUET

Ujian MUET biasanya di jalankan dalam 3 sesi yang berbeza. Begitu juga dengan MUET 2021. Antara tarikh penting MUET 2021 ialah: 

SESI 1 

  • Tarikh Pendaftaran Dibuka 13 November 2020
  • Tarikh Pendaftaran Ditutup 14 Disember 2020
  • Tarikh Ujian Lisan (Speaking) 17, 18, 22, 23, 24, dan 25 Feb 2021
  • Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing, dan Listening) 10 April 2021

SESI 2

  • Tarikh Pendaftaran Dibuka 9 Februari 2021
  • Tarikh Pendaftaran Ditutup 28 Mac 2021
  • Tarikh Ujian Lisan (Speaking) 16, 17, 21, 22, 23, dan 24 Jun 2021
  • Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing, dan Listening) 3 Julai 202

SESI 3

  • Tarikh Pendaftaran Dibuka 8 Julai 2021
  • Tarikh Pendaftaran Ditutup22 Ogos 2021
  • Tarikh Ujian Lisan (Speaking) 26, 27, & 28 Oktober dan 8, 9, & 10 November 2021
  • Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing, dan Listening) 10 April 2021 3 Julai 2021 13 November 2021

Apa Yang Di Maksudkan MUET On Demand (MOD)

Selain dari MUET di atas, ada satu lagi MUET yang perlu anda tahu, iaitu MUET On Demand (MOD) . Apa yang di maksudkan dengan MOD ini?? Ini jawapanya:

  • MUET On Demand akan diadakan jika mendapat permintaan daripada pemohon
  • Peperiksaan dijalankan menggunakan aplikasi komputer
  • Yuran peperiksaan berjumlah RM250
  • Hanya diadakan peperiksaan di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Eco Sky WPKL
  • Keputusan diperoleh lebih awal iaitu 3 minggu selepas peperiksaan anda habis 
  • Pendaftaran di buat melalui pautan ini

Sebenarnya kedua jenis MUET ini adalah sama di mana ia merupakan keperluan bagi memasuki pengajian peringkat Sarjana Muda. Cuma MUET On Demand (MOD) diadakan anda lewat atau terlupa daftar pada tarikh MUET yang diumumkan, anda boleh membuat permintaan bagi menduduki MUET On Demand supaya tidak terlepas untuk mendaftar pengajian Sarjana Mudah tersebut.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress