MUET adalah ujian yang amat penting buat mereka yang hendak melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi dan ia wajib di ambil.
MUET adalah singkatan kepada Malaysian University English Test yang menjadi salah satu syarat wajib yang perlu di penuhi oleh semua pelajar sekiranya mahu melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat ijazah. Ujian ini diadakan adalah untuk menentukan tahap penguasaan bahasa inggeris buat pelajar dan dalam pada masa yang sama untuk memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja boleh mendapat segulung ijazah.
Tarikh Penting MUET 2021 Sesi 2
Bagi yang menduduki ujian MUET, sudah pastilah mahu mengetahui mengenai tarikh-tarikh penting berkaitan ujian MUET. Ada beberapa tarikh penting yang perlu anda tahu. Antaranya ialah:
- Tarikh pendaftaran dibuka: 9 Februari 2021
- Tarikh pendaftaran ditutup: 28 Mac 2021
- Tarikh Ujian Lisan (Speaking): 16, 17, 21,22,23 dan 24 JUN 2021
- Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing, dan Listening): 3 Julai 2021
- Tarikh pembelian PIN MEX: 9 Februari- 27 Mac 2021
Bayaran Yang Dikenakan
Untuk memduduki ujian ini, para pelajar perlu membuat pembayaran pendaftaran terlebih dahulu. Pembayaran Pendaftaran adalah seperti berikut:
MUET | MUET on Demand (MoD) |
---|---|
RM100 – Calon Warganegara | RM250 – Calon Warganegara |
RM350 – Calon Bukan Warganegara | RM550 – Calon Bukan Warganegara |
Baca Juga: Simpanan Tabung Haji- Cara Membuat Simpanan Pergi Haji
Cara Membuat Pendaftaran MUET
Untuk menduduki ujian MUET ini, ia bukanlah secara automatik. Sebaliknya, anda perlu melakukan pendaftaran akaun dan perlu membuat pendaftaran untuk menduduki ujian. Cara untuk emmbuat pendaftaran adaah seperti berikut:
1- Beli Nombor Pin Terlebih Dahulu
Untuk membuat pedaftaran, perkara pertaam sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan membeli nombor pin terlebih dahulu. Untuk emmbeli nombor pin tersebut anda boleh membelinya di amana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Selain itu, anda juga boleh membeli nombor pin tersebut secara online dengan cara kliknya di sini.
2- Layari Website Rasmi
Selepas itu, untuk mula membuat pendaftaran, anda perlu melayari Website Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia terlebih dahulu. Kemudian, pada halaman utama, anda perlu klik ikon “Calon Persendirian”. dan anda akan di bawa ke bahagian yang setersunya.
3- Isikan Segala Maklumat Yang Diperlukan
Untuk bahagian yang seterunya ini pula, anda perlu mengisi segala maklumat yang di minta. Pastikan anda mengisi dengan penuh teliti untuk mengelakkan segala masalah yang bakal berlaku sewaktu hendak log masuk ke dalam sistem. Antara maklumat yang di minta ialah:
- Jenis pengenalan diri
- No kad pengenalan
- Nama penuh calon
- Emel
- Kata Laluan
- Pengesahan kata laluan
Selepas, selesai ke semua maklumat di atas, anda perlu klik butang “Simpan”. Kemudian, anda akan dapat satu “Pop-up screen” untuk anda mengisi soalan peringatan dan jawapan. Pastikan anda meletakkan soalan dan jawapan soalan peringatan yang mudah untuk anda ingat.
Setelah selesai ke semua langkah di atas, anda akan di bawa pula ke bahagian “Dashboard”. Apabila sudah sampai ke bahagian ini, ia bermakna pendaftaran akaun anda sudah di terima dan anda sudah boleh membuat pendaftaran bagi menduduki ujian MUET.