Untuk pengetahuan anda My50 ialah pas perjalanan tanpa had yang menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had. Pas My50 ini telah dijayakan dengan peruntukan RM115 juta di bawah Pelan Pemulihan Nasional yang mengurangkan tambang biasa RM200 kepada RM50 sebulan.
Subsidi daripada pihak kerajaan ini akan membolehkan Prasarana menyediakan kemudahan itu diberikan pada kadar yang berpatutan untuk penumpang yang bergantung kepada perkhidmatan mereka. Sebelum ini, pas My30 telah diperkenalkan pada Jun 2020 bagi membantu orang ramai mengharungi kesan COVID-19 dimana pas perjalanan tanpa had untuk perkhidmatan bas dan kereta api Rapid KL termasuk LRT, BRT, MRT, monorel dan bas pengantara MRT berharga RM100/bulan sebelum Pandemik.
Baca juga: KWSP i-Sayang Diancarkan Tahun 2022
Ciri-ciri Pas My50
-
- Harga My50 ialah RM50
- My50 boleh dibeli bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2022
Kelayakan Mendapatkan Pas My50
-
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah
- Berada Lembah Klang dan di Pulau Pinang
Langkah Pembelian My50
Pembelian My50 boleh dilakukan lokasi di bawah:
-
- 1)Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL di semua stesen:
- LRT
- MRT
- Monorel
- BRT
- 2) Hab bas terpilih:
- Pasar Seni
- Chow Kit
- KLCC
- Sri Nilam
- Puchong Utama
- Pearl Point
- Sunway Pyramid
- Greenwood
- Seksyen 2 Shah Alam
- 3) Kiosk Rapid Penang:
- Komtar
- Weld Quay (Terminal B)
- Penang Sentral
- Bukit Jambul
- Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit)
- Kompleks Dato’ Kailan (Kepala Batas)
- Balik Pulau
- Bukit Mertajam
Kelebihan Pas My50
Manfaat pas perjalanan ini mungkin berbeza bergantung kepada lokasi. Sila rujuk maklumat kelebihan Pas My50 seperti di bawah:
Kawasan Lembah Klang
-
- Pas perjalanan tanpa had
- Menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had
- Hanya di Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT di Lembah Klang
Kawasan Pulau Pinang
-
- My50 Mutiara Pass
- Menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had
- Untuk semua rakyat Malaysia dengan perkhidmatan bas Rapid Penang
Kawasan Kuantan
My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pas My50 ini, sila rujuk saluran di bawah
-
- Emel : suggest@rapidkl.com.my
- Hotline myRapid : 03-7885 2585
Baca Juga : Mudah & Lebih Murah! | Langkah Beli RFID Online Guna Apps Touch n Go