Urusan untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) kini lagi mudah dengan MyASNB. Urusan untuk menambah pelaburan, mengemaskini atau mengeluar duit ASB kini tidak perlu lagi gunakan buku pelaburan. Tetapi seorang pelabur hanya perlu membawa kad pengenalan bagi berurusan dengan kaunter ASNB, mahupun di cawangan atau ejen ASNB yang dilantik.
Untuk menggunakan fungsi ini pelabur mesti mendaftar terlebih dahulu pada Portal MyASNB. Bukan sahaja ASB, Portal ini juga turut beri akses untuk unit amanah saham yang lain di bawah ASNB. Antaranya adalah seperti ASB2, ASW2020, ASM, ASD, AS1M, ASN, ASN2, ASN3 dan ASG.
Apa yang perlu saya lakukan untuk mula menggunakan myASNB?
- Langkah 1: Perlu memastikan no telefon anda dengan ASNB telah dikemaskini
- Langkah 2: Mula pendaftaran myASNB anda
- Langkah 3: Mula melabur dan mengurus pelaburan anda dengan ASNB
Anda boleh akses maklumat akaun myASNB anda selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.
Tetapi, transaksi kewangan adalah terhad kepada: Dana harga tetap: Ahad-Jumaat (7 pagi – 7 petang). Dana harga berubah: Ahad-Jumaat (7 pagi – 4 petang) Nota : Tidak termasuk pada hari Sabtu and Cuti Umum.
Untuk setiap kemaskini, perlu dapatkan pengesahan nombor TAC yang dihantar terus ke nombor telefon anda.
Cara daftar ASB online
Setelah selesai mengemaskini maklumat anda, anda bolehlah daftar di portal MyASNB pada bila-bila masa sahaja. Sebelum boleh menggunakan aplikasi mobile MyASNB, anda perlu daftar dahulu secara online.
Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukannya:
- Langkah 1 – Pergi ke laman portal MyASNB di https://www.myasnb.com.my dan klik pada DAFTAR AKAUN.
- Langkah 2 – Baca informasi berkaitan ASNB yang tertera dan tekan DAFTAR DI SINI.
- Langkah 3 –Baca langkah-langkah mengenai pendaftaran Portal MyASNB seperti tertera. Selesai membaca, tekan butang TERUSKAN.
- Langkah 4 – Klik pada kotak yang disediakan dan tekan SETUJU.
- Langkah 5 –Klik pada maklumat asas yang diperlukan dan masukkan maklumat yang diminta. seperti jenis kad pengenalan, nombor kad pengenalan serta pilih satu produk ASNB dilanggan (walaupun langgan banyak produk ASNB, anda perlu pilih satu sahaja di sini). Klik SETERUSNYA.
- Langkah 6 – Anda perlu membuat pengesahan TAC. Klik pada PERMINTAAN TAC. Nombor TAC (6 digit) akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan. Isi nombor TAC yang diberi. Klik SETERUSNYA.
- Langkah 7 – Masukkan maklumat pendaftaran iaitu ID pengguna (ID untuk login nanti), alamat e-mel dan frasa rahsia. Pilih juga 3 soalan keselamatan berserta jawapan. Bila sesudah masukkan semua maklumat, tekan TAMAT.
- Langkah 8 – Anda telah berjaya mendaftarkan diri di portal MyASNB. Untuk kali pertama sistem itu akan memberikan kata laluan sementara. Anda perlu salin serta tampal kata laluan sementara yang diberikan. Seterusnya, tekan LOG MASUK.
- Langkah 9 – Masukkan ID pengguna yang anda daftarkan tadi, klik TERUSKAN.
- Langkah 10 – Frasa rahsia yang anda daftar itu akan ditunjukkan. Anda perlu masukkan jawapan itu. Masuk kata laluan sementara yang diberikan. tekan teruskan..
- Langkah 11 – Anda mesti tukar kata laluan sementara yang diberikan kepada kata laluan pilihan anda sendiri bagi tujuan keselamatan. Tekan pada TUKAR KATA LALUAN dan masukkan kata laluan. Sila memastikan kata laluan tersebut memenuhi ciri yang dinyatakan iaitu campuran huruf besar, simbol, huruf kecil, nombor dari 6 sehingga 12 askara. Setelah kata laluan dikemaskini, anda sudah selesai melakukan pendaftaran di portal MyASNB.
4 Kelebihan Login Myasnb
- Jika mahu tambah unit pelaburan akaun Amanah Saham Bumiputera senang sahaja. Semuanya boleh dibuat secara online.
- Dengan dunia digital hari ini, anda sudah tidak perlu risau lagi buku pelaburan anda hilang dan tidak perlu bawa buku pelaburan ke mana-mana untuk urusan yang berkaitan seperti dahulu
- Anda sudah boleh check dan semak baki secara online anda yang terkini terus dari komputer atau telefon bimbit anda
- Tidak ada lagi laporan penyataan tahunan akaun amanah saham bumiputera dihantarkan terus ke rumah anda. Boleh terus menyemak agihan pendapatan tahunan melalui atas talian secara terus dengan lo-gin myasnb untuk semak akaun asb.
Maklumat Lanjut MyASNB
Jika anda mahu mengetahui maklumat lanjut sila hubungi,
- Pusat Khidmat Pelanggan bagi MyASNB di talian 03-80268101
Selain di Portal MyASNB, anda juga boleh melabur seperti kebiasaan menerusi:-
- 30 Cawangan ASNB di seluruh negara
- Ejen ASNB antaranya CIMB Bank, Maybank, RHB Bank, Pos Malaysia, BSN, Ambank dan Affinbank; dan
- Perbankan Internet – Maybank2u, CIMBClicks, AffinOnLine dan RHBNow.
Semoga artikel yang kami kongsikan ini dapat membantu anda yang mahu mencari maklumat mengenai MyASNB. Semoga anda menjadi seorang pelabur yang bijak dan membantu dalam peningkatan ekonomi negara.