MyBKC: Cara Dapatkan Kata Laluan Baru Sekiranya Terlupa

kata laluan mybkc

Adakah anda merupakan penerima bantuan MyBKC? Sila ikuti cara-cara dibawah sekiranya anda mempunyai akaun tetapi terlupa kata laluan MyBKC :

1. Sila tekan pada pautan “Terlupa kata laluan” di link ini : KLIK DISINI
kata laluan mybkc

2. Kepada sesiapa yang mempunyai emel berdaftar, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda (12 Digit)

3. Sila masukkan emel yang telah anda daftarkan dan kemudian tekan butang “seterusnya”

4. Kata laluan yang baharu akan diemelkan kepada anda melalui emel yang telah anda daftarkan.

5. Sila semak emel anda kemudian log masuk semula ke MyBKC

6. Sila masukkan nombor Kad Pengenalan dan sahkan kunci keselamatan anda untuk tujuan keselamatan.

7. Sila masukkan kata laluan sementara yang dihantar melalui emel kemudian anda boleh tukar semula kata laluan yang baharu.

Peringatan : Sila cuba log masuk semula selepas 24 jam sekiranya anda tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej. Ini kerana anda sudah tidak dibenarkan log masuk sekiranyanya anda gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 2 kali berturut-turut.

Baca juga: Syukur Alhamdulillah! Lepas BKC, Terima Duit BPR Fasa 3 Pula. Ini Baki Bayaran Dan Cara Semak

Tarikh Portal BKC Mula Dibuka

Portal Rasmi BKC telah dibuka sejak 6 September 2021. Ini adalah untuk kemudahan orang ramai membuat semakan status kelayakan. Sekiranya anda merupakan penerima BPR 2021 dan telah mendaftar MyBPR, ID Pengguna dan kata laluan yang didaftarkan semasa MyBPR boleh diguna semula untuk log masuk kedalam MyBKC.

Pendaftaran Akaun Dan Kata Laluan MyBKC

Kepada sesiapa yang belum pernah mendaftar MyBKC ataupun MyBPR, anda mestilah membuat pendaftaran terlebih dahulu dengan mengikuti cara-cara di bawah :

    1. Tekan pautan log masuk berikut  KLIK DISINI
    2. Sila masukkan nombor kad pengenalan (12 Digit)
    3. Sila tekan pada daftar akaun dan kemudian lengkapkan maklumat keselamatan
    4. Sila masukkan kata kunci keselamatan yang mudah anda diingati
    5. Sila sahkan soalan dan jawapan yang telah anda pilih.
    6. Sejurus selepas itu, paparan “Akaun Telah Berjaya Didaftarkan” akan muncul.

Semoga anda berjaya mendapatkan kembali kata laluan MyBKC anda dengan mengikuti langkah-langkah di atas.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress