MyFutureJobs: Panduan Mendaftar & Login Penjana Kerjaya 3.0 PERKESO
Bagi semua majikan, graduan dan pencari kerja, kini anda boleh mendaftar MyFutureJobs untuk mendapatkan Program Insentif Pengambilan Pekerja yang telah dilaksanakan bermula 15 Julai 2021.
Ekoran kesan wabak COVID-19 yang memberi kesan terhadap perniagaan dan masalah pengangguran, program ini dibangunkan bagi merangsang pewujudan dan meningkatkan peluang pekerjaan.
Sama ada anda merupakan majikan ataupun pencari kerja, anda layak untuk menerima manfaat daripada program ini. Apa lagi! Jom daftar MyFutureJobs sebelum 31 Disember 2021 untuk dapatkan manfaat ini!
Anda juga boleh layari laman web Onviral untuk mengetahui lebih lagi tentang bantuan atau hal isu semasa serta langkah – langkah permohonan seperti bantuan dll.
Apakah MyFutureJobs PERKESO?
PENJANAKERJAYA adalah insentif yang disediakan bagi menggalakkan majikan mengambil pekerja manakala MyFutureJobs adalah portal yang dibangunkan untuk pencari kerja, terutamanya bagi membantu mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Di bawah program PENJANAKERJAYA 3.0 ini, kerajaan telah memperuntukkan insentif kewangan untuk memberi elaun mencari pekerjaan kepada golongan penganggur, kehilangan kerja, termasuklah belia dan orang kelainan upaya (OKU).
Cara Daftar MyFutureJobs Bagi Pencari Kerja
- Anda perlu mendaftar, sila lengkapkan butiran diri anda di laman web berikut: www.myfuturejobs.gov.my
- Daftarkan profil peribadi anda dengan menekan butang ‘Jobseeker Sign In’
- Sila klik pada butang ‘Register Here’ sebagai pengguna kali pertama
- Isikan e-mel & nombor kad pengenalan serta butiran-butiran yang diperlukan
- Setelah mendaftar, anda boleh terus login dan mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang ditawarkan
- Kemaskini maklumat selanjutnya bagi membolehkan anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah.
Jika anda ingin melihat senarai tawaran pekerjaan di portal MyFutureJobs boleh gunakan cari dibawah:
- No. Telefon: 1-300-22-8000 / 03-80915300
- Emel: myfuturejobs@perkeso.gov.my
- Portal MyFutureJobs: www.myfuturejobs.gov.my
Inisiatif SIP Prihatin 2.0 & Penjana Kerjaya 3.0 PERKESO
Bagi pengetahuan anda, pemohon kerja di portal MyFuture Jobs boleh menerima insentif melalui PenjanaKerjaya 3.0 yang merupakan penambahbaikan daripada PenjanaKerjaya 2.0 sebelum ini.
Permohonan PenjanaKerjaya ini adalah bagi pekerja yang telah melapor diri mulai dari 15 Jun sehingga 31 Disember 2021 dan digajikan oleh majikan dalam tempoh PenjanaKerjaya 3.0.
Tarikh akhir permohonan bagi insentif PenjanaKerjaya 3.0 adalah pada tarikh 31 Disember 2021.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut:
- hubungi hotline : 03-8091 5300
- emel : penjanakerjaya@perkeso.gov.my
- Facebook: https://www.facebook.com/lamanrasmieisperkeso
Anda boleh rujuk pautan ini bagi mendapatkan maklumat lanjut (FAQ) berkaitan permohonan Program PenjanaKerjaya 3.0 (PEMULIH) : https://www.perkeso.gov.my/…/150721_FAQ%20PENJANA…