MyHome 2021: Skim Bantuan Pinjaman Perumahan BSN

Mesti ramai di kalangan anda yang ingin memiliki rumah pertama bukan? Biasa jikalau mahu mencari dan membeli rumah pertama, macam-macam bermain di fikiran. Mampukah bayar bayaran ansuran secara bulanan, nak bayar komitmen itu, nak bayar komitmen ini, sampai stress dibuatnya. Akhirnya, perancangan untuk membeli rumah hanya hangat-hangat tahi ayam dek kekangan kewangan.

Dan berita baik kepada kalangan bujang atau yang baru sahaja berkahwin dan sedang mencari-cari rumah pertama, ini berita baik untuk anda. (Sila semak di portal SPRN KPKT TEDUH)

Sekali lagi kerajaan Malaysia dengan kerjasama pihak BSN (Bank Simpanan Nasional) memperkenalkan semula satu program dan skim pembiayaan dan pinjaman perumahan yang cukup ‘HOT’ dan mendapat permintaan ramai, iaitu Skim Pembiayaan Beli (SPB).

Dengan skim pinjaman perumahan inilah lebih 100,000 golongan belia yang telah berjaya membeli rumah dengan cukup mudah. Mudah yang macam mana tu? Kami dari onviral akan kongsikan kepada anda keistimewaan yang diberikan kepada pembeli bantuan rumah pertama melalui skim ini.

Apakah Itu Skim MyHome?

Sebenarnya Skim MyHome telah wujud sejak tahun 2014 lagi, dan skim ini menyediakan perumahan kos rendah mampu milik untuk orang yang kali pertama nak beli rumah di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, MyHome adalah sebahagian daripada landskap dasar perumahan yang direka untuk memenuhi permintaan negara untuk perumahan kos rendah.

Ia juga untuk mempromosikan pembinaan rumah mampu milik oleh pemaju swasta.

Caranya adalah dengan pihak kerajaan menyediakan subsidi pada setiap rumah yang terjual, jadi dapat lah tolong pembeli untuk mengurangkan kos disamping memastikan pulangan kewangan bagi pemaju.

Lebih menarik lagi mengenai MyHome ini adalah bila permohonan pemohon telah berjaya, mereka sudah tidak perlu membayar 10% deposit yang selalunya perlu dibayar bila memebeli rumah di Malaysia.

Kerajaan yang akan membayar subsidi pendahuluan pada pemaju yang mana dah termasuk deposit 10% sekali dengan bayaran tambahan.

Permohonan Skim MyHome 2021

1. Bank Simpanan Nasional mendahulukan kelulusan pinjaman perumahan di bawah skim perumahan belia BSN ini, kepada sesiapa daripada anda di sini yang hantar permohonan skim rumah pertamaku BSN kepada mereka. Jadi, siapa cepat, dia dapat. Jika terus berminat, boleh



Perkara

i) Portal Skim MyHome: https://www.mybsn.com.my

ii) Muat Turun Borang Permohonan Skim Rumah Pertama BSN: Muat Turun Disini

2. Pemohon boleh memilih mana-mana projek perumahan di Malaysia untuk beli di bawah skim rumah pertamaku MyHome ini baik di negeri anda di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak, Melaka, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Pulau Pinang.

3. Pastikan harga rumah yang anda mahu beli itu tidak lebih RM500,000.

4. Menariknya, jikalau anda lulus pinjaman perumahan skim pembiayaan belia di bawah skim ini, anda dapat bantuan diskaun atau bantuan subsidi atau potongan bayaran bulanan sebanyak RM200 untuk tempoh selama 24 bulan pertama (2 tahun pertama). Apa maksudnya?

  1. Anda beli rumah RM180,000 dengan deposit rumah RM18,000 yang boleh juga mohon MyDeposit, bayaran bulanan anda sepatutnya sekitar RM807 sebulan untuk tempoh 30 tahun. Tetapi dengan skim ini anda dapat jimat duit banyak.
  2. Hal ini kerana anda hanya perlu BAYAR bayaran bulanan sebanyak pinjaman rumah RM607 sebulan untuk 2 tahun pertama. Bermula 3 tahun dan seterusnya, barulah anda bayar semula RM807 sebulan.
  3. Faham ke faham?
  4. Melalui dua tahun ini sahaja melalui skim ini, anda sudah dapat jimat RM4,800.
  5. Dengan Rm4,800 ini boleh bantu anda tukar tayar, bayaran insuran dan harga pembaharuan roadtax kereta dan macam-macam lagi. Sangat-sangat berbaloi.

5. Sebelum terlupa, jikalau anda membeli rumah di bawah skim pembiayaan belia (SPB), anda mendapat pengecualian dan pelepasan duit setem 100 peratus untuk perjanjian pindah milik atau perjanjian pinjaman. Tidak perlu bayar, ianya PERCUMA!

6. Akhir sekali, kadar pinjaman perumahan yang dikenakan ke atas anda sangat-sangat RENDAH! Memang kerajaan nak bantu anda beli rumah pertama dalam hidup anda beli rumah pertama dalam hidup anda dengan MUDAH & TIDAK MEMBEBANKAN!

Sudah tahu apa kelebihan dan keistimewaan skim (youth housing scheme) ini? Apa syarat kelayakan ditetapkan di bawah skim ini:

Baca Juga: RMR Johor: Ini Cara & Sayarat Permohonan

Kriteria Kelayakan MyHome 2021

Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi ialah:

  1. Anda mestilah memegang status warganegara Malaysia.
  2. Umur anda mestilah berada di antara 25 tahun hingga 40 tahun sahaja.
  3. Pastikan pendapatan dan gaji isi rumah anda tidak melebihi RM10 ribu sebulan.
  4. Anda merupakan salah seorang yang sedang berkira-kira mendapatkan rumah pertama dalam hidup dan keluarga anda.

Infografik MyHome 2021

MyHome

Dokumen apa yang perlu dibawa?

Dokumen yang anda perlu dibawa semasa permohonan adalah seperti berikut:

(i) Dokumen Penjawat Awam atau Pekerja Swasta

  • Borang permohonan pinjaman perumahan BSN
  • Salinan MyKad (Kad Pengenalan)
  • Salinan slip gaji
  • Perjanjian SNP (Sales & Purchase Agreement) atau bukti pembayaran deposit rumah
  • Salinan penyata bank untuk 3 bulan terakhir
  • Salinan penyata KWSP untuk kakitangan swasta
  • Surat majikan yang mengesahkan pekerjaan anda
  • Borang EA atau EC

(ii) Bekerja Sendiri

  • Borang cukai pendapatan (B/BE) dan resit pembayaran cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • Sijil pendaftaran SSM
  • Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini

Soalan Lazim & FAQ

1. Bagaimana dengan pengalaman pinjaman perumahan BSN dengan skim ini? Adakah ia mudah untuk LULUS?

  • Sangat BAIK! InsyaAllah permohonan akan MUDAH LULUS untuk yang berkelayakan seperti anda.

2. Loan rumah BSN okay tak?

  • Sangat OKAY! Untuk pengetahuan anda, dah ramai yang menggunakan pinjaman perumahan dengan BSN termasuk melalui skim ini yang sangat-sangat berbaloi ini.

3. Apakah skim pinjaman perumahan pertama yang terbaik?

  • Nah, inilah skim yang terbaik kami bawakan kepada anda yang dilancarkan oleh kerajaan khususnya untuk membantu anda membeli rumah pertama dengan MUDAH & BERPATUTAN.

Jikalau anda berminat and aboleh terus pergi ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran anda untuk tujuan permohonan.

P/S: Jika anda rasa Skim MyHome 2021 ini sesuai untuk adik beradik anda atau kawan-kawan anda yang rapat, boleh terus SHARE pengumuman baik ini di Facebook dan Whatapps mereka! JOM!

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress