MyKad Hilang / Rosak? MyKad Siap 30 Minit Atau Secara Online Je!

MyKad Hilang/Rosak? MyKad Siap 30 Minit Atau Secara Online Je!

Kad pengenalan adalah dokumen peribadi yang penting. Ia adalah identiti kita sebagai seorang warganegara Malaysia. Malah banyak urusan-urusan rasmi seperti nak membuat pinjaman dengan bank, ketika melalui sekatan jalan raya, ataupun nak memohon kerja, memerlukan kad pengenalan sebagai bukti.

Mengikut Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), setiap orang yang kehilangan kad pengenalan (MyKad) hendaklah memohon kad pengenalan gantian dengan segera.

mykad hilang

OnViral ingin berkongsi kepada pembaca cara gantian kad pengenalan secara online, di kaunter dan panggilan telefon.

Berikut dikongsikan jenis-jenis permohonan penggantian kad pengenalan yang boleh dilakukan secara online adalah:

    • Gantian kad rosak.
    • Gantian cip rosak.
    • Gantian naiktaraf cip (dari 32k/64k kepada 80k).
    • Gantian kehilangan kad (untuk kali pertama).

Tetapi, jika anda hendak tukar alamat ataupun gambar, tidak boleh dilakukan secara online. Anda perlu hadirkan diri ke pejabat JPN juga.

Baca Juga : Cara Mohon Sijil Kelahiran Yang Hilang Secara Online Sahaja

MyKad Siap 30 Minit

Menurut JPN, permohonan gantian MyKad tidak bermasalah boleh diproses dalam tempoh 30 minit sahaja di pejabat-pejabat yang disenaraikan.

Bagi permohonan gantian bermasalah seperti cap jari rosak dan kehilangan kali ketiga, permohonan akan diproses dalam tempoh 3 bulan.

mykad hilang

Cara Gantikan Kad Pengenalan Rosak Atau Hilang Secara Online (MyKad Hilang/Rosak)

    • Sila layari laman web MyGOV di SINI untuk permohonan penggantian kad.
    • Boleh daftarkan akaun dengan mengisi maklumat.

mykad hilang

    • Selepas aktifkan akaun, anda akan diberi link. Klik link tersebut & log masuk.

    • Kemudian untuk membuat permohonan penggantian kad, korang boleh klik SINI & klik Log Masuk.

    • Di bahagian kanan skrin, boleh klik pada bahagian ganti MyKad.

    • Baca Akuan Penafian & klik Setuju.

    • Kemudian isikan maklumat dengan lengkap. Anda boleh pilih jenis penggantian & negeri mana anda berada. Selesai boleh klik Teruskan.

    • Semak maklumat yang telah anda isi. Pastikan semuanya tepat. Klik pada kotak Saya Setuju & kemudian klik Teruskan.

    • Ia akan membawa korang kepada laman baru untuk pembayaran. Selesaikan pembayaran dan kemudian simpan resit sebagai bukti pembayaran.
    • Tunggu dalam sehari dua untuk permohonan anda diproses. Kemudian anda boleh semak melalui SMS dengan taip JPN MYKAD dan hantar ke 15888.
    • Apabila anda terima SMS mengatakan kad dah boleh diambil, bolehlah pergi ke cawangan JPN yang telah dipilih untuk mengambil kad tersebut. Ya, masih perlu ke pejabat JPN untuk urusan cap jari dan pengambilan kad, tapi masa anda habis tidak lama.

Tukar MyKad Rosak Melalui Telefon Lagi Mudah!

Selain secara online, penukaran MyKad juga boleh dibuat melalui panggilan telefon sahaja! Cara ni sangat sesuai untuk ibu bapa kita yang mungkin sudah tua dan tidak tahu sangat tentang internet atau online.

Anda boleh membuat panggilan telefon ke talian hotline JPN di 03-8880 8066. Sila Pastikan anda menelefon semasa waktu operasi.

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat – 8 pagi hingga 5 petang

Waktu Rehat

Isnin – Khamis: 1 petang hingga 2 petang

Jumaat: 12.15tengahari sehingga 2.42 petang

Baca Juga : Cadangan Had Pengeluaran i-Citra RM10,000 (One-Off)

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress