MyKasih: Cara Membuat Permohonan & Semak Kelayakan Bantuan Barang Makanan Secara Cashless

Apakah MyKasih Foundation?

MyKasih Foundation adalah sebuah organisasi badan bukan kerajaan(NGO) tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat & isterinya Puan Sri Jean dengan misi u membantu keluarga & pelajar miskin.

Bagaimanakah Ia Berfungsi?

Setiap keluarga yang memerlukan bantuan haruslah terpilih dari pihak penderma dan dipersetujui. Maka itu setiap keluarga harus mencalonkan penerima dan mendaftar & mengaktifkan butiran akaun MyKad  ke dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless.

Penerima bantuan makanan terpilih akan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad atau My Kasih mereka di kedai runcit yang mengambil bahagian.

Setakat ini MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya & pasar mini bebas.

Antara barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu:

  • beras
  • mi
  • roti
  • biskut
  • telur
  • perasa
  • tepung
  • minyak masak
  • makanan dalam tin
  • minuman

Bagaimana Cara Semakan untuk MyKasih

Bagaimana anda boleh tahu status Prihatin Kasih anda ? Mudah saja,

Sila semak kelayakan anda mengikut langkah dibawah:

  1. Layari portal semakan di laman web ini http://www.mykasih.com.my/
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini pada SEMAK STATUS
  3. Sila masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Sila masukkan captcha imej yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan lanjut.

Cara Menggunakan Sistem MyKasih (Cashless)

Penerima yang layak menerima akan diberi penerangan tentang  kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

Secara asasnya, anda boleh merujuk kepada langkah & gambar rajah di bawah:

Cara Daftar / Apply MyKasih

Penerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi :

 

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress