mySalam B40,M40 : Cara Mohon Bantuan Kewangan RM700 Seorang
Apakah Itu mySalam?
mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam. Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim perlindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan bagi mengatasi masalah kewangan apabila menghidap penyakit.
Untuk memohon, rujuk pautan berikut:
Siapakah Yang Layak Memohon mySalam B40, M40?
Antara golongan yang menerima mySalam ialah
a. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH):
-
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
b. Kategori Bantuan Sara Hidup (BSH):
-
- RM8000 akan dibayar secara tunai apabila disahkan atau didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
- Elaun RM50 hospital akan diberikan secara tunai harian sehingga 14 hari ataupun maksimum di bayar RM 700 bagi setahun untuk seorang.
Senarai 45 Penyakit Kritikal
Untuk ketahui senarai 45 penyakit kritikal, sila rujuk DISINI.
Baca Juga : mySalam Covid 19 : RM50 Sehari Jika Dikuarantin Atau Disahkan Positif
Cara Untuk Membuat Tuntutan mySalam
1. Tuntutan yang diluluskan akan dimaklumkan kepada penerima manfaat melalui SMS dan maklumat tersebut akan juga dimuat naik ke portal www.mysalam.com.my.
Bagi mereka yang layak, anda boleh log in disini : Log in mySalam
2. Pengendali takaful yang terlibat akan memproses bayaran untuk semua tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan tunai secara terus ke dalam akaun penerima manfaat seperti yang didaftarkan dengan skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.
Boleh rujuk gambar di bawah:
CARA PERTAMA
Tuntutan Secara Online mySalam B40,M40
-
- Log masuk ke dalam portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/
- Jika anda belum mendaftar mySalam sila daftar terlebih dahulu. Sila klik LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikuti langkah seperti yang diarahkan.
- Setelah selesai mendaftar, dia akan meminta pengesahan nombor telefon. Jika nombor telefon anda sudah tidak boleh digunakan, sila hubungi talian bantuan untuk pihak mereka lakukan reset kata laluan. Selepas itu, anda boleh masukkan kata laluan anda yang baru.
- Sila kemaskini profile anda.
- Selepas kemaskini profile, sila klik TUNTUTAN > PENYERAHAN TUNTUTAN > TUNTUTAN HOSPITALISASI > MASUKKAN TARIKH MULA DAN TAMAT KUARANTIN > PILIH NON PANEL UNTUK (NAMA HOSPITAL) > MUAT NAIK COPY IC > MUAT NAIK BORANG ANNEX 14&17 (Contoh borang Annex 14&17 ada dalam gambar)
- Klik hantar.
- Sila tunggu jawapan dan keputusan. Mereka akan maklumkan kemudian.
CARA KEDUA
Tuntutan Secara Manual mySalam B40,M40
-
- Anda boleh pergi ke mana-mana kiosk mySalam.
- Bawa bersama salinan kad pengenalan dan borang annex14&17. Untuk kawasan Labuan, kiosk mySalam berada di Hospital Nukleusb (bersebelahan dengan mesin ATM Bank Rakyat).
- Serahkan segala dokumen diperlukan untuk pihak mereka masukkan dalam sistem (key-in).
- Bagi kawasan lain, boleh hubungi nombor di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut lokasi kiosk mySalam di kawasan anda.
Maklumat Lanjut
Sebarang soalan mengenai mySalam anda boleh klik link tersebut: Soalan Lazim mySalam
Penerima Bantuan Sarah Hidup lama atau baru dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat BSH /BR1M dan melengkapkan waris yang dinamakan dalam maklumat agar boleh membuat tuntutan sekiranya penerima Bantuan Sarah Hidup meninggal dunia dalam tempoh yang ditetapkan.
Sekian Terima Kasih.