Bayaran RM50/Sehari Jika Dikuarantin Atau Disahkan Positif (Skim perlindungan masyarakat mySalam)
Berdasarkan inisiatif pihak MySalam, individu berpendapatan rendah dalam kumpulan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) untuk Covid-19 layak menerima RM50 sehari. Jumlah ini adalah sebagai ganti pendapatan individu yang terjejas di bawah pelan perlindungan mySalam Covid-19.
Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelan yang berada dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat itu akan dikembangkan merangkumi mereka yang dikuarantin sebagai PUI bagi membuat tuntutan sepanjang kuarantin yang diwajibkan untuk tempoh 14 hari.
Sila rujuk maklumat dibawah untuk MySalam Covid-19 serta cara membuat tuntutan RM50/sehari sekiranya anda dikuarantin.
Skim MySalam
Skim perlindungan masyarakat MySalam adalah inisiatif Kerajaan yang memberi fokus untuk menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.
Antara manfaat yang disediakan oleh MySalam ialah tuntutan sebanyak RM8,000 daripada mereka yang dilindungi akan dibayar sekali seumur hidup sekiranya didiagnos untuk salah satu daripada 45 penyakit kritikal serta pembayaran tunai sebanyak RM50 sehari bagi hospitalisasi maksimum selama 14 hari dimana ini adalah termasuk kuarantin 14 hari yang diwajibkan untuk menyekat penularan wabak Covid-19.
Perluasan perlindungan mySalam ini mula berkuatkuasa 1 Januari 2020.
Syarat Kelayakan MySalam Covid-19
Dibawah adalah antara syarat kelayakan Skim MySalam Covid-19 untuk penerima BSH yang:
-
- Berumur antara 18 sehingga 65 tahun;
- Individu bujang yang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun, berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU yang berumur antara 18 tahun dan 65 tahun,berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Mereka yang layak untuk menerima skim mySalam ini akan dimaklumkan melalui SMS bermula 1 Mac 2019.
Tuntutan COVID-19 bagi penerima manfaat MySalam boleh dibuat dalam 2 situasi dibawah:
-
- Pesakit yang disahkan positif menghidap COVID-19
- Pesakit yang disyaki menghidap COVID-19 ATAU yang sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia (PUI) – (Anda boleh rujuk laman web Kementerian Kesihatan Malaysia Takrifan PUI)
NOTA: Sebarang tuntutan bagi self-quarantine tidak akan dibayar dimana tuntutan yang dikemukakan kepada MySalam mestilah disertakan dengan perintah isolasi bagi pesakit yang disyaki COVID-19 ATAU pengesahan diagnosis COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Cara membuat semakan Kelayakan MySalam
Anda boleh melakukan semakan secara online dengan merujuk kepada langkah dibawah:
-
- Sila layari laman web rasmi www.mysalam.com.my
- Masukan kad pengenalan anda tanpa(-)
- Klik butang semak
- Sila lihat di ruangan bawah dimana akan dinyatakan sama ada anda LAYAK ATAU TIDAK LAYAK menjadi penerima manfaat MySalam.
Cara membuat tuntutan MySalam Covid-19
Untuk membuat tuntutan kepada MySalam, anda perlu mengemukakan salinan dokumen ke portal MySalam secara muat naik (download) ATAU secara manual melalui kios MySalam berhampiran anda.
Anda perlu rujuk langkah dibawah:
-
- Sila Log masuk ke portal MySalam dengan menggunakan nombor kad pengenalan penerima ATAU pasangan kepada penerima Bantuan Sara Hidup & masukkan kata laluan.
- Kemudian Klik butang ‘Tuntutan’ diikuti oleh ‘Penyerahan Tuntutan’
- Sila Pilih ‘Tuntutan Hospitalisasi’ mengikut kategori pilihan anda. Disini akan terdapat 3 pilihan iaitu:
- Pesakit Positif Covid-19
- Disyaki menghidapi Covid-19 dan ditahan di pusat kuarantin KKM
- Disyaki menghidapi Covid-19 dan diarahkan oleh KKM kuarantin di kediaman sendiri.
- Sila Isi butiran dibawah:
- Tarikh kemasukan wad dan tarikh mula kuarantin
- Tarikh keluar wad dan tarikh tamat kuarantin
- Nama hospital atau premis bukan hospital (bagi kes kuarantin)
- Muat naik dokumen yang berikut dan kemudian klik butang ‘Lampirkan’
- Kad pengenalan (depan & belakang)
- Nota discaj (untuk kemasukan wad sahaja)
- Surat perintah kuarantin KKM (untuk kes kuarantin sahaja)
- Sila Klik butang ‘Hantar’ kemudian klik butang ‘Saya Setuju’. Permohonan anda seterusnya akan diproses.
- Status tuntutan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan anda disahkan.
- Anda boleh menghubungi pusat panggilan mySalam di talian 1 300 88 8938 untuk sebarang bantuan dan pertanyaan lanjut.
Anda boleh juga pergi ke mana-mana kios MySalam untuk membuat proses tuntutan secara manual dengan membawa salinan Kad Pengenalan serta semua Dokumen yang diperlukan.
Sila KLIK DISINI (FAQ No 28) untuk mendapatkan senarai lokasi kios MySalam.
Maklumat Lanjut
Anda boleh rujuk kaedah dibawah sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan proses tuntutan:
-
- Talian Hotline MySalam: 1 300 888 938
- E-mel kepada info@mysalam.com.my
- Sila layari Laman Web Rasmi MySalam dan FAQ Tuntutan Covid-19 Mysalam untuk maklumat lanjut.