mySalam Covid 19 : RM50 Sehari Jika Dikuarantin Atau Disahkan Positif

Tahukah anda, individu berpendapatan rendah atau mereka yang tergolong dalam kumpulan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) Covid-19 boleh menerima RM50 sehari sebagai ganti pendapatan mereka yang terjejas di bawah pelan perlindungan mySalam Covid-19.

Dalam pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan itu akan dikembangkan merangkumi mereka yang dikuarantin sebagai PUI untuk membuat tuntutan sepanjang 14 hari kuarantin yang diwajibkan.

Pada artikel kali ini, OnViral akan kongsikan kepada anda serba sedikit mengenai mySalam Covid-19 dan cara membuat tuntutan (claim) RM50 sehari sekiranya anda dikuarantin.

Apakah Itu Skim mySalam?

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Antara manfaat mySalam ialah mereka yang dilundungi dapat menuntut RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari, termasuklah kuarantin 14 hari yang diwajibkan untuk mengekang Covid-19.

Perlindungan mySalam untuk golongan B40 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019.

Manakala perluasan perlindungan mySalam berkuatkuasa 1 Januari 2020.

Syarat Kelayakan mySalam Covid-19

Antara syarat kelayakan Skim mySalam Covid-19 ini adalah penerima BSH yang:

    1. Berumur antara 18 hingga 65 tahun.
    2. Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
    3. Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019.

Sekiranya anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel terus kepada pihak mereka di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Bagi penerima manfaat mySalam, tuntutan Covid-19 boleh dibuat bagi 2 keadaan berikut:

    1. Pesakit yang disahkan positif menghidap Covid-19.
    2. Pesakit yang disyaki menghidap Covid-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia (PUI) – (Takrifan PUI boleh dirujuk melalui laman web Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pautan ini : https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/COVID19/Annex_1_case_definition_COVID_22032020.pdf)

NOTA: Sebarang tuntutan bagi self-quarantine tidak akan dibayar. Tuntutan yang dikemukakan kepada pihak mySalam perlu disertakan bersama perintah isolasi bagi pesakit disyaki Covid-19 atau pengesahan diagnosis Covid-19 yang dikeluarkan sendiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Baca Juga: Cara Download Borang Bantuan Khas Kematian COVID-19 NADMA RM5,000

Cara Membuat Semakan Kelayakan mySalam

Anda boleh melakukan semakan secara online dengan merujuk kepada langkah dibawah:

    1. Sila layari laman web rasmi www.mysalam.com.my
    2. Masukan kad pengenalan anda tanpa (-)
    3. Klik butang semak
    4. Sila lihat di ruangan bawah dimana akan dinyatakan sama ada anda LAYAK ATAU TIDAK LAYAK menjadi penerima manfaat mySalam.

Cara Membuat Tuntutan mySalam Covid-19

Untuk membuat tuntutan kepada MySalam, anda perlu mengemukakan salinan dokumen ke portal mySalam secara muat naik (download)  ATAU secara manual melalui kios mySalam berhampiran anda.

Anda perlu rujuk langkah dibawah:

    1. Sila Log masuk ke portal MySalam dengan menggunakan nombor kad pengenalan penerima ATAU pasangan kepada penerima Bantuan Sara Hidup & masukkan kata laluan.
    2. Kemudian Klik butang ‘Tuntutan’ diikuti oleh ‘Penyerahan Tuntutan’
    3. Sila Pilih ‘Tuntutan Hospitalisasi’ mengikut kategori pilihan anda. Disini akan terdapat 3 pilihan iaitu:
      • Pesakit Positif Covid-19
      • Disyaki menghidapi Covid-19 dan ditahan di pusat kuarantin KKM
      • Disyaki menghidapi Covid-19 dan diarahkan oleh KKM kuarantin di kediaman sendiri.
    4. Sila Isi butiran dibawah:
      • Tarikh kemasukan wad dan tarikh mula kuarantin
      • Tarikh keluar wad dan tarikh tamat kuarantin
      • Nama hospital atau premis bukan hospital (bagi kes kuarantin)
    5. Muat naik dokumen yang berikut dan kemudian klik butang ‘Lampirkan’
      • Kad pengenalan (depan & belakang)
      • Nota discaj (untuk kemasukan wad sahaja)
      • Surat perintah kuarantin KKM (untuk kes kuarantin sahaja)
    6. Sila Klik butang ‘Hantar’ kemudian klik butang ‘Saya Setuju’. Permohonan anda seterusnya akan diproses.
    7. Status tuntutan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan anda disahkan.
    8. Anda boleh menghubungi pusat panggilan mySalam di talian 1 300 88 8938 untuk sebarang bantuan dan pertanyaan lanjut.

Jika anda ingin membuat proses tuntutan secara manual, anda juga boleh pergi ke mana-mana kiosk mySalam dengan membawa salinan kad pengenalan dan dokumen yang diperlukan.

Untuk mengetahui lokasi kiosk mySalam dengan lebih mudah, sila lihat senarai penuh di SINI (Rujuk FAQ No 28).

Baca Juga: Cara Permohonan Rumah Kos Rendah Bagi Setiap Negeri

Cara Mohon Tuntutan Kuarantin RM50/Sehari mySalam

Muat turun aplikasi mySalam di Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.rexit.mysalam&hl=en&gl=US

Cara buat tuntutan / claim duit kuarantin langkah demi langkah melalui aplikais mySalam adalah seperti berikut:

1. Muat turun aplikasi mySalam terlebih dahulu.

mySalam Covid 19

2. Bagi yang pertama kali mendaftar, tekan log masuk kali pertama.

mySalam Covid 19

3. Sila masukkan nombor kad pengenalan anda. Tekan hantar.

mySalam Covid 19

4. Anda akan menerima kata laluan sementara. Guna kata laluan sementara ini untuk log masuk kali pertama.

5. Selepas itu, anda boleh login dan tukar kata laluan sendiri.

6. Selepas itu, anda sudah boleh membuat tuntutan.

7. Sila pastikan anda kemaskini profil terlebih dahulu.

8. Kemudian sediakan dokumen yang diminta.

mySalam Covid 19

 

9. Baca syarat-syarat.

mySalam Covid 19

10. Sila isi borang tuntutan.

mySalam Covid 19

11. Muat naik dan lampirkan dokumen yang diperlukan.

Dokumen yang diperlukan:

    1. Kad pengenalan
    2. Surat perintah kuarantin dari KKM
    3. Surat pelepasan kuarantin dari KKM
    4. Akaun bank pemohon
    5. No telefon yang aktif

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan proses tuntutan, anda boleh membuat pertanyaan di talian 1 300 888 938

atau

E-mel melalui info@mysalam.com.my

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web MySalam dan FAQ MySalam Tuntutan Covid-19

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress