MySPR – Kemaskini Alamat Pengundi & Semak Secara Online

Pendaftaran pengundi baru dan pertukaran alamat kawasan mengundi kini boleh dilakukan melalui portal MySPR Daftar dengan mudah secara atas talian. Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih dahulu.
Syarat Kelayakan
  1. Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Berumur 21 tahun ke atas sahaja.
  3. Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan.
  4. Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa.
MySPR Daftar – 3 Langkah Mudah Daftar Pengundi Online
Langkah 1: Permohonan Akaun Pengguna
  1. Sila layari laman web https://mysprdaftar.spr.gov.my/
  2. Untuk login ke sistem tersebut, pengguna perlu membuka akaun terlebih dahulu.
  3. Klik pada ‘Permohonan Akaun Baru’.
  4. Untuk membuka akaun MySPR Daftar, sila sediakan beberapa maklumat tambahan seperti berikut
  5. Nombor telefon bimbit yang sah
  6. Emel yang sah
  7. Gambar depan kad pengenalan
  8. Gambar swafoto bersama kad pengenalan
  9. Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama.
  10. Manakala bagi permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari hari bekerja atau hari cuti termasuk Hari Kelepasan Am, akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
Langkah 2: Pengaktifan Akaun Pengguna
  1. Apabila maklumat permohonan akaun pengguna telah disahkan, anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.
  2. Login menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Langkah 3: Isi Borang A
  1.  Selepas berjaya login, klik pada ‘Status Saya’.
  2. Sekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).
  3. Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang ‘Hantar’.
Cara Semakan Daftar Pemilih Online
Bagi yang telah mendaftar tapi ingin membuat semakan, sila ikuti langkah berikut:
  1. Sila ke pautan https://pengundi.spr.gov.my/
  2. Isikan nombor kad pengenalan dan kod Captcha yang dipaparkan.
  3. Tekan pada butang ‘Semak’.
  4. Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci.
  5. Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan.
Cara Memohon Pertukaran Alamat Tempat Mengundi Melalui MySPR Daftar
Cara memohon pertukaran alamat adalah seperti berikut:
  1. Login portal MySPR Daftar (jika belum mendaftar sebagai pengguna, sila daftar terlebih dahulu mengikut Langkah 1 di atas)
  2. Klik menu ‘Status Saya’.
  3. Tekan butang “BORANG A (PENDAFTARAN BARU / PERTUKARAN ALAMAT)”
  4. Klik ‘Contoh Alamat’ untuk melihat cara pengisian alamat dan isikan mengikut contoh tersebut.
  5. Buat pengesahan untuk alamat yang telah dikemaskini.
  6. Hantar permohonan dan tekan butang ‘Mohon TAC’.
  7. Sistem akan menghantar SMS nombor TAC ke telefon bimbit pemohon.
  8. Sila masukkan nombor TAC dan tekan butang ‘Hantar’
  9. Setelah selesai, sistem akan membuat verifikasi dan paparan pada ‘Status Saya’ akan dikemaskini.
Lokasi Pusat Daftar Mengundi Secara Manual
  • 1. Kaunter Pendaftaran Pemilih (Ibu Pejabat SPR Malaysia Aras G, Menara SPR No.2, Jalan P2T, Presint 2, 62100 Putrajaya)
  • Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
  • Pejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negara
  • Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai
  • Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
  • Sila klik pada http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission
  • Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan
Sila semak lokasi cawangan SPR terdekat anda di pautan berikut:
Maklumat Lanjut MySPR Daftar
• No. Talian Hotline Pendaftaran Pemilih : 03-88927018
• Sebarang soalan ataupun aduan boleh layari: http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.
Anda juga boleh layari laman web Onviral untuk mengetahui lebih lagi tentang bantuan atau hal isu semasa serta langkah – langkah permohonan seperti bantuan dll.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress