Mytv Percuma adalah salah satu inisiatif yang telah kerajaan wujudkan untuk golongan B40 untuk mereka mendapatkan siaran tv digital secara percuma.
Jika sebelum ini, siaran tv di Malaysia menggunakan siaran analog. Tetapi bermula tahun 2018 kerajaan telah mengambil keputusan untuk menutup siaran analog sepenuhnya dan menggantikan dengan siaran digital di seluruh Malaysia. Namun begitu, untuk mendapatkan siaran tv digital bukanlah satu benda yang murah. Ini kerana, untuk mendapatkan siaran dgital memerlukan kita untuk membeli dekoder untuk siaran tersebut dan kosnya agak mahal.
Apa Itu MyFreeview / MyTV
MyFreeview ialah satu jenama platform TV digital tanpa perlu membuat bayaran bulanan, dan ia menampilkan 14 saluran televisyen definisi tinggi (HD) dan enam saluran radio.
Macam Mana Nak Mohon Dekoder MyTV Percuma Ini?
Untuk tahun 2021 belum ada apa-apa pengumuman mengenai tarikh permohonan MyTV. Ini kerana, untuk permohonan dekoder tahun 2020 telah pun di tutup. Tetapi anda boleh sentiasa mendapatkan maklumat mengenainya atau jika anda ingin memasang dekoder MyTV di :
Baca Juga: Cara dan Permohonan Lesen X-ray Dengan Mudah
Siaran Yang Di Tawarkan
Walaupun ia adalah pakej MyTV percuma, tetapi anda akan dapat bermacam saluran digital sama seperti siaran digital yang lain. Malah, anda boleh mendapatkan saluran digital ini secara percuma.
1-Senarai Siaran Mytv Percuma 2020
- TV1 hd
- Tv2 hd
- TV Okey
- RTM HD Sports
- RTM BES
- TV3 HD
- Tv Al Hijrah
- RTM sports hd
- TV al hijrah hd
- CJ wow shop melayu
- CJ wow shop cina
- NTV7
- 8TV
- TV9
- Bernama News Channel (BNC)
- Channel W
2-Saluran Radio
- Radio Nasional FM
- Radio Klasik FM
- Radio Asyik FM
- Radio Ai FM
- Radio Minnal FM
- Radio Traxx FM
Kelebihan Jika Terpilih Mendapat Dekoder MyTV Percuma
Inisiatif MyTV percuma ini sebenarnya mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri terutama sekali bagi golongsn B40. Antara kelebihanya ialah:
- Anda terima set percuma dekoder myfreeview
- Tiada sebarang bayaran atau yuran langganan
- Siaran sangat jelas
- Banyak pilihan saluran yang ditawarkan melalui unit dekoder percuma
- Memang dikhususkan set mytv secara percuma untuk golongan b40 dan oku
- Cara mohon mytv cukup mudah
Boleh Ke Beli Dekoder MyTV Jika Kita Tidak Cukup Syarat Sebagai Penerima
Timbul pula persoalan, jika kita bukan penerima yang layak adakah kita boleh mendapatkan dekoder MyTV ini? Walaupun anda tidak memenuhi syarat yang telah di tetapkan apabila permohonan telah di buka nanti, anda tetap boleh mendapatkan dekoder MyTV ini.
Caranya ialah dengan anda perlu membeli dekoder tersebut melalui ejen yang telah berdaftar dengan MyTV Malaysia. Harga yang di tawarkan pula adalah sangat berpatutan dan mampu di beli oleh kebanyakan orang.
Inisiatif Ini Sangat Membantu Golongan B40 Di Negara Kita
Kesimpulanya, walaupun inisiatif MyTV ini tidak ada sebarang-tanda-tanda untuk di teruskan pada tahun ini, tetapi ia adalah salah satu inisiatif yang sangat bagus dan sangat membantu golongan B40 dalam mendapatkan siaran tv digital secara percuma.
Ini kerana, jika hendak membeli dekoder tv digital yang di tawarkan oleh syaikat penyedia tv digital harganya agak mahal dan perlu membuat bayaran bulanan jika hendak menggunakanya. Justeru itu, inisiatif sebegini sangat di perlukan dan berharap agar inisiatif seperti ini akan di teruskan lagi pada masa akan datang