Cara Untuk Kucing Peliharaan Datang Bila Dipanggil

kucing peliharaan
Kucing merupakan haiwan peliharaan paling digemari.

Adakah anda sedar yang kucing peliharaan juga boleh kenal akan panggilan yang selalu tuan mereka sebut jika dipanggil? Selama ini mungkin anda masih tertanya-tanya jika kucing anda tahu yang anda memanggil mereka walaupun bukan hanya kerana mahu memberi mereka makan? Kerana adalakalanya kita memanggil kucing kita hanya untuk bermain-main dengan mereka.

Seorang pengkaji dan peneliti dari Jepun ingin mengetahui samada kucing dapat mengenali nama jika dipanggil, jadi satu kajian telah dibuat kepada kucing tersebut dengan berbagai panggilan manusia, termasuk nama kucing itu sendiri, kata benda umum, dan nama kucing lain yang tinggal di rumah yang sama.

Baca juga : (Video) Tular Video ‘Si Oyen’ Jadi Model Untuk Demo Cara Mandikan Bayi

kucing peliharaan
Kemungkinan kucing tahu jika kita sedang memanggilnya atau buat-buat tidak dengar.

Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahwa kucing peliharaan di rumah mampu membezakan nama mereka dari kata benda umum dan nama kucing lain tetapi mereka itu hanyalah satu tanggapan kasar. Ini kerana masih banyak yang lagi intipati yang belum diketahui tentang komunikasi antara kucing dan manusia.

Jika kita selalu memanggil nama kucing kita dengan panggilan yang sama, ia mungkin akan lebih peka dan tahu yang kita sedang memanggilnya serta dating jika dipanggil. Bukan semua orang boleh melatih kucing mereka untuk datang apabila dipanggil dimana ada kucing yang mungkin hanya akan menjawab dengan ‘mengiyau’ tanpa bergerak untuk menhampiri tuannya.

Antara Cara Supaya Kucing Peliharaan Datang Bila Dipanggil

    • Ulangi memanggil nama kucing peliharaan banyak kali.
      Anda semsetinya akan memanggil nama kucing peliharaan anda banyak kali dalam satu hari. Jadi sekiranya kucing anda menghamiri anda Ketika anda memanggilnya, bermakna car aini amat berkesan. Rata-rata dari kita mungkin sudah tahu yang kucing kita sudah peka dan akan datang kepada kit ajika dipanggil Namanya hari-hari.
    • Nama yang konsisten, tidak berubah.
      Anda perlu membuat satu nama untuk kucing peliharaan  anda. Ini kerana jika anda sentiasa memanggil nama yang telah ditetapkan untuk kucing anda, ia tentu sudah terbiasa dengan panggilan atau cara anda memanggilnya.
    • Cara Panggilan yang manja,selesa dan lembut.
      Sila jangan panggil kucing peliharaan anda dengan kasar kerana car aitu mungkin akan membuatkan kucing anada terkejut dan menjauhkan diri dari anda buat seketika. Yelah, jika mereka lapar sudah tentu mereka akan menghampiri anda kan. Tetapi jangan jadikan factor itu untuk membolehkan anda memanggil mereka dengan kasar. Panggillah kucing anda dengan intonasi yang manja dan lembut supaya mereka terbiasa dan tidak merasa takut dengan anda.
kucing peliharaan
Tetapkan nama yang konsisten untuk memanggil kucing peliharaan anda.

Kesimpulan

kucing-kucing peliharaan sebenarnya mendengar dan faham ketika kita memanggil nama mereka. Cuma kita mungkin tidak pasti kerana mempunyai sangkaan yang kucing datang hanya kerana mahu makan. Akan tetapi ada juga kucing yang apabila mendengar suara atau tapak kaki kita sahaja pun mereka akan datang. Jadi kemungkinan kucing itu faham atau pun buat-buat pekak bila dipanggil mungkin boleh jadi juga.

Baca juga : Cemas Terkejut Ada Api Di Ekor. Ini Tindakan Si Oyen.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress