Nala sebelum ini kucing terbiar, Nasib Badan Dijumpai Tuan Budiman, Siapa sangka begini hidup Kucing terbiar ini sekarang…

Perjalanan hidup tidak semestinya terus-terusan suram. Kadang-kadang rezeki datang tanpa disangka-sangka. Seekor anak kucing comel yang hidup terbiar dan sendirian kini kelihatan bahagia dapat menggembara keliling dunia bersama tuan baru yang memungutnya dengan berbasikal. Anak Kucing Terbiar Hampir Mati, Kini Bahagia Keliling Dunia

Seorang lelaki berusia 31 tahun bernama Dean Nicholson, memulakan perjalanannya berbasikal untuk melihat dunia dari Dunbar, Scotland pada September tahun lalu. Kisah pertemuannya dengan anak kucing yang diberi nama Nala tersebut berlaku di tepi jalan raya di negara Bosnia Herzegovina. Nama Nala dipilih melalui satu watak animasi kegemarannya dalam filem The Lion King. 

Dean Nicholson yang dahulunya berkerja sebagai seorang pengimpal memulakan pengembaraan dengan mengayuh basikal sejauh 321 kilometer ke Newcastle lalu menaiki feri ke Amsterdam, Belanda. Dia kemudiannya meneruskan perjalanan ke Belgium, Greece, Switzerland dan Itali sebelum menemui anak kucing tersebut di Bosnia.

“Ketika itu saya sedang mendaki bukit, sambil mendengar muzik yang agak kuat tetapi masih dapat mendengar bunyi tangisan anak kucing di belakang saya. Saya berhenti dan terlihat seekor anak kucing di tepi jalan. Apabila saya mendekatinya, Nala melompat naik ke atas basikal dan tidak mahu turun,” kata Dean Nicholson.

Nala yang ketika itu kelihatan tidak bermaya dan resah kemungkinan sangat lapar. Dean Nicholson memberi Nala makanan dan seterusnya ingin meneruskan kayuhan. Dia langsung tidak bercadang untuk membawa Nala bersama, tetapi jauh disudut hatinya ada perasaan sayang dan suka dengan Nala. Lalu dia membuat keputusan untuk membawa si bulus tersebut bersamanya.

Di Bawah adalah beberapa lagi gamabr Nala Mengelilingi dunia.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress