Nampak ‘Baby Bump’, Elisya Sandha Masih Bagi Teka-Teki.

Menerusi perkongsian Insta Story Elisya Sandha , penampakkan ‘baby bump’ mulai kelihatan.Sungguh tajam dan cekap mata para pengikut instagramnya.Apa tidaknya, tuan badan masih tidak mengesahkan lagi berita berkenaan tapi kita dah teruja dan gembira untuk mendengar perkhabaran baik pasangan berkenaan.

Sebelum ini. Elisya Sandha dikatakan  memuat naik sekeping gambar imbasan ultrabunyi di Instagram (IG) yang mencetuskan tanda tanya netizen berikutan gambar berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)


Terkini, Elisya, 22 sendiri sekali lagi memberikan gambaran lebih jelas selepas berkongsi video dengan kapsyen ‘mengidam’ makanan. Dalam video itu, pemilik nama Nur Elisya Mohd. Faisal dilihat memegang perutnya yang makin membesar.

Laman hantaran Insta Story miliknya mula dipenuhi dengan komen ‘baby bump’ biarpun masih belum membuat sebarang pengesahan dan berkongsi berita berkenaan.

 

Bagaimanapun, menantu kepada pengarah Sheila Rusly & Jingo itu memilih untuk mendiamkan diri sehingga hari ini. Namun, warganet tetap mendoakan agar urusan Elisya dan suami, Uzair Haqimy dipermudahkan Allah.

Terdahulu, Elisya dan Uzair selamat bernikah pada 21 Ogos lalu selepas lima tahun mereka menyulam cinta dan mengenal hati budi masing-masing.-onviral

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress