Nampak Macam Mutiara. Ini Alien ke? Netizen Tercari Jawapan

Benda atau sesuatu yang kita tidak pernah lihat sepanjang hidup mungkin kelihatan amat berlainan atau asing bagi sesiapa yang tidak pernah melihatnya sendiri secara realiti. Ini kerana benda tersebut mungkin tiada dipersekitaran kita atau ia hanya hidup di lokasi yang mempunyai musim atau faktor-faktor sekeliling yang menjadi sumber makanan atau tumbesaran benda tersebut.

Satu video perkongsian menarik daripada seorang pengguna tik tok telah menarik minat netizen untuk mengetahui apakah gerangan benda tersebut samada ia adalah haiwan atau sesuatu yang tidak pernah kita lihat dan tahu sebelum ini. Pengguna tik tok yang menggunakan nama @inamohamad9287 pada kapsyen video bertanya apakah sebenarnya benda tersebut yang ditemuinya tertanam di pesisir pantai Tanjung Bidara Melaka, dan menyoal samada ia adalah makhluk asing? (Alien)

@inamohamad9287

Siapa tahu apa benda ni!! Alien ke !! #foryoupage #fyp #seram

♬ Creepy music box – Halloween Sound Effects

Mungkin kerana bentuknya yang bulat kelihatan seperti mutiara membuatkan ia nampak cantik dengan mempunyai pergerkan didalamnya.

Sebenarnya ia adalah sejenis haiwan laut yang dinamakan belangkas (horseshoe crab) dan apa yang ditemui oleh pengguna tik tok tersebut adalah telur-telur kepada belangkas. Apa yang menarik tentang video ini juga adalah komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen. Ada yang tidak tahu gerangan haiwan tersebut dan ada juga yang tertanya-tanya dan bergurau-gurau mencari jawapannya

Belangkas (Horseshoe Crab)

.

Di bawah ini adalah antara komen-komen netizen yang mencuit hati.

“Comel je Telur Belangkas. Tapi bila besar asal menyeramkan”

“Cantik berpusing-pusing pula tu. Firstime tengok” komen seorang netizen.

“Boba boba!!” 

“Itu Telur belangkas. Saya orang Padang Besar”

 

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress