Nasib Baik Tak Pecah Kepala. Apa Dah Jadi Sampai Ketuk-Ketuk Ni!

Memelihara haiwan peliharaan merupakan satu hobi tersendiri. Dengan mempunyai haiwan peliharaan seseorang akan belajar tentang bertanggung jawab menjaganya disamping dapat mengurangkan stres yang anda alami.

Kucing dan anjing merupakan haiwan peliharaan lucu yang menjadi pilihan untuk dijadikan peliharaan kebanyakan orang. Sifat haiwan ini yang jinak dan setia serta kadang-kadang melucukan membuatkan pemilik menjadi semakin sayang serta menjaga mereka dengan baik.

Seorang pengguna tik tok yang baru-baru ini telah berkongsi sebuah video yang agak lucu dan comel seekor anak anjing berbaka husky miliknya telah tersangkut kepalanya di tangkai sebuah teko minuman. Agak hairan juga apabila memikirkan bagaimana kepala anak anjing tersebut boleh muat dan boleh masuk pula kedalam tangkai teko air tersebut memandangkan ruang tangkai / pemegang teko air tersebut agak kecil.

@31213695305

ດື້ຄັກ

♬ เสียงต้นฉบับ – สุลิไช – สุลิไช

Tiada cara lain untuk menyelamatkan anak anjing husky tersebut melainkan dengan memecahkan teko air tersebut. Nasib baik juga teko air tersebut diperbuat daripada tanah liat, cuba bayangkan jika ia diperbuat daripada besi, bagaimanakah agaknya mahu menyelamatkan anak anjing tersebut.

Video yang berdurasi 15 saat itu menunjukkan pemilik anak anjing mengetuk dan cuba memecahkan tangkai teko air tersebut untuk menyelamatkan anjing comel itu. Anak anjing husky itu nampak comel dan meronta-ronta seakan minta dibebaskan dan sehingga kini video tersebut mendapat perhatian netizen dengan mengumpul lebih 1.5 juta tanda suka.

Akhirnya Sicomel husky ini dapat diselamatkan.

Ada juga netizen yang menyamakan anak anjing husky tersebut adalah Si Oyen versi anjing kerana bulunya yang berwarna oren.

Di bawah adalah antara komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen:

“Husky dengan Oyen… Tak buat hal tak sah”

“Oyen gabung dengan husky” komen seorang netizen

“Alahai macamana la boleh masuk tu”

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress