Niat Mandi Wajib & Cara Mandi Wajib Dengan Betul

Adakah anda tahu niat mandi wajib serta cara mandi wajib dengan betul?

Mandi adalah mengalirkan air suci bagi mensucikan ke seluruh tubuh badan. Dasar hukumnya adalah firman Allah:

“…dan jika kamu junub maka mandilah” (QS Al Maidah: 6)

Sebagai seorang muslim, mandi wajib atau mandi junub adalah diwajibkan bagi mensucikan diri dari hadas besar. Hal ini kerana seorang muslim yang tidak mandi wajib tidak boleh mengerjakan solat.

niat mandi wajib

Mengapa Perlu Mandi Wajib?

Berikut dikongsikan sebab-sebab perlunya mandi wajib, antaranya ialah:

    1. Jimak.
    2. Keluar mani.
    3. Selepas haid dan nifas.
    4. Wiladah.
    5. Orang kafir yang masuk Islam.
    6. Mati selain dari mati syahid.

Rukun Mandi Wajib

Terdapat tiga (3) rukun mandi wajib iaitu:

    1. Niat mandi wajib secara lisan atau dalam hati.
    2. Menghilangkan segala kotoran serta najis yang ada pada anggota badan.
    3. Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk ke semua bahagian lipatan badan.

Mandi wajib tidak semestinya perlu mandi lama. Biar cepat, mudah dan ringkas asalkan mandian itu sempurna. Tatacara mandi wajib ini dikongsikan oleh pihak JAKIM untuk lelaki mahupun perempuan.

Niat Mandi Wajib Jawi

Berikut dikongsikan niat mandi wajib jawi:

Niat Mandi Wajib Rumi

Berikut dikongsikan niat mandi wajib rumi:

Tatacara Mandi Wajib

Berikut adalah ringkasan cara mandi wajib yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.

    1. Niat ketika air mengalir ke tubuh.
    2. Membaca “Bismillah”.
    3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
    4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
    5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun.
    6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana yang biasa dilakukan sebelum menunaikan solat atau boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
    7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya: “Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”. Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya: “Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”. Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah S.A.W berkata sedemikian: “Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”.
    8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh. Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)
    9. Meratakan air ke seluruh badan.
    10. Berwuduk jika mahu mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niat sahaja. Kaedah mandi adalah sama.

niat mandi wajib

Baca Juga: 5 Doa Murah Rezeki Yang Patut Anda Amalkan

Video Ceramah Niat & Cara Mandi Wajib

Soalan Lazim

1. Bagaimana pula dengan bulan puasa?

    • Pada bulan puasa, anda hanya perlu mandi seperti biasa kerana syarat sah mandi wajib adalah meratakan air ke seluruh anggota badan zahir dan bukan rongga-rongga badan.
    • Sekiranya anda belum mandi wajib ketika masuknya waktu fajar, puasa anda kekal sah dan tidak akan membatalkan puasa anda sekiranya anda lupa untuk mandi wajib. Akan tetapi, anda perlu menyucikan badan sebagai persediaan bagi melakukan ibadah solat.

2. Bolehkah menggunakan sabun digunakan semasa mandi wajib?

    • Anda boleh gunakan sabun sebagai alat untuk membersihkan segala kotoran dan najis yang ada pada anggota badan anda.
    • Pastikan air dapat diratakan sepenuhnya ke seluruh anggota zahir badan anda termasuklah pada bahagian lipatan anda.

3. Apakah perkara sunat ketika mandi wajib?

    • Menurut perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan, disunatkan bagi seseorang itu ketika mandi junub untuk menggosok keseluruhan badannya.
    • Bahkan disisi Imam Malik, beliau mewajibkannya kerana meratakan air sahaja tidak mencukupi dan tidak sempurna. Walaubagaimanapun, kotoran yang sedikit seperti daki, tidak menghalang air daripada terkena kulit.
    • Oleh itu, sah hukum mandi wajib walaupun tidak menghilangkan daki tersebut terlebih dahulu.
    • Berkaitan kotoran di bawah kuku pula, pada kebiasaannya adalah disebabkan dari benda kotor asing dan bukan dari tindakbalas semulajadi badan, maka wajib untuk menghilangkannya terlebih dahulu sebelum berwuduk dan mandi wajib.

4. Apakah hukum mandi wajib pada bulan puasa, selepas waktu subuh?

Katakan anda melakukan hubungan intim bersama isteri pada waktu malam di bulan Ramadan. Pasti akan tertanya-tanya, adakah sah puasa jika melakukan mandi wajib selepas waktu subuh?

    • Menurut Mufti Wilayah Persekutuan lagi, hukum mandi junub selepas terbit fajar pada bulan Ramadan disebabkan persetubuhan pada malam hari atau sebelum waktu fajar adalah diharuskan.
    • Maksud terbit fajar di sini ialah masuknya waktu Subuh. Bukan hari sudah terang, dan waktu Subuh juga sudah habis. Ianya tidak membatalkan puasa.
    • Tidak ada halangan untuk orang yang berjunub untuk melewatkan mandi junub sehingga terbitnya fajar iaitu azan Subuh. Puasa seseorang itu adalah sah.
    • Tidak batal puasanya kerana berpuasa dalam keadaan berjunub mahupun kerana mandi wajib selepas Subuh.

Kesimpulannya, kaedah menyucikan diri amatlah penting untuk dipelajari supaya ibadah harian kita dapat diterima oleh Allah S.W.T berikutan dengan cara penyucian yang betul.

Janganlah sesekali memandang remeh mengenai cara mandi wajib ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress