Apakah Puasa Ganti?
Puasa ganti secara zahirnya definisikan sebagai mengantikan puasa yang telah di tinggalkan terutamanya di bulan pada bulan Ramadhan khususnya. Ia melibatkan setiap individu Muslim lelaki dan perempuan yang mukallaf. Adalah sesuatu yang Wajib bagi setiap individu yang meninggalkan puasa Ramadhan untuk mengantikan puasanya yang telah ditinggalkan samada disebabkan oleh keuzuran atau tidak. Jadi Niat puasa ganti perlu didahului sebelum anda mahu melakukan puasa ganti anda sekiranya ada.
Cara untuk Melaksanakan Puasa Ganti
Untuk melaksanakan puasa ganti, hanya niat puasa ganti sahaja yang berbeza dengan puasa sunat atau puasa wajib. Perkara- perkara lain yang perlu dipatuhi semasa berpuasa adalah sama.
Waktu yang dibenarkan Untuk melakukannya
Puasa ganti ini boleh dilaksanakan sepanjang tahun selepas bulan Ramadhan hingga sebelum sampai bulan Ramadhan tahun seterusnya kecuali pada hari- hari yang diharamkan untuk berpuasa seperti pada hari pertama bulan Syawal, hari raya Aidiladha dan juga pada hari Tasyriq (11,12 & 13 Zulhijjah). Apabila seseorang individu itu mengetahui bahawa puasa wajib mereka pada bulan Ramadhan tidak lengkap. Mereka perlu berusaha untuk melaksanakan puasa ganti seperti yang dituntut oleh agama.
Anda boleh juga baca: (JAKIM) Niat Puasa Ramadhan Harian & Sebulan 2022
Niat Puasa Ganti
“Saya berniat puasa ganti esok hari kerana hari yang terlewat dalam Ramadan kerana Allah Ta’ala.”
Harap diperhatikan bahawa niat diucapkan dalam hati, dan tidak harus diucapkan dengan lisan. Niat adalah niat dalam hati. Jadi, asalkan Anda tahu bahawa Anda akan berpuasa esok untuk menggantikan hari yang terlewat dari Ramadan, itu sudah cukup.
Dalam niat puasa ganti, anda perlu menggantikan bahagian [bulan Dzulhijjah] dengan bulan yang sesuai dengan keadaan anda. Sebagai contoh, jika anda ingin mengganti puasa yang tertinggal pada bulan Muharram, maka gantilah [bulan Dzulhijjah] dengan “Muharram”.
Sebagai seorang Muslim YANG dituntut menyelesaikan hutang yang di tanggung baik hutang antara manusia dan lebih lagi hutang kepada Allah. Seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Baqarah dimana ayat paling Panjang yang diperjelaskan dalam Al- Quran adalah berkaitan dengan hutang.Betapa penting nya hutang dalam ajaran agama kita. Oleh itu, andai kita tidak pasti jumlah hari yang ditinggalkan tidak berpuasa pada bulan Ramadhan. Adalah lebih baik andai kita melebihkan sedikit anggaranya agar berasa lebih selesa dan yakin. Sesungguhnya hanya kita yang mengetahui jumlah tersebut disamping Allah S.W.T.
Nota: Perlu diingatkan bahawa niat berpuasa sebaliknya hendaklah disampaikan secara lisan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan dengan lantang. Niat ini hendaklah dilafazkan sebelum subuh, sebelum masuk waktu imsak atau sebelum memulakan puasa pada hari yang ditentukan.
Anda mngkin berminat membaca: NIAT PUASA GANTI (Qadha Ramadan) & Gabung Puasa Sunat