Adakah anda tahu niat mandi wajib serta cara mandi wajib dengan betul? Mandi adalah mengalirkan air suci bagi mensucikan ke seluruh tubuh badan. Dasar hukumnya adalah firman Allah:
“…dan jika kamu junub maka mandilah” (QS Al Maidah: 6)
Sebagai seorang muslim, mandi wajib atau mandi junub adalah diwajibkan bagi mensucikan diri dari hadas besar. Hal ini kerana seorang muslim yang tidak mandi wajib tidak boleh mengerjakan solat.
Mengapa Perlu Mandi Wajib?
Berikut dikongsikan sebab-sebab perlunya mandi wajib, antaranya ialah:
-
- Jimak.
- Keluar mani.
- Selepas haid dan nifas.
- Wiladah.
- Orang kafir yang masuk Islam.
- Mati selain dari mati syahid.
Sambungan di page 2