No Plat Terkini – Cara Mendapatkan Nombor Plat Yang Unik

No Plat Terkini- No plat kenderaan adalah antara perkara yang terpenting bagi sesebuah kenderaan yang berada di di atas jalan raya.

No plat terkini 1

Selain dari nombor casis kenderaan, no plat kenderaan juga menyimpan segala maklumat bagi pemilik. Justeru itu, setiap kenderaan wajib mempamerkan nombor plat kenderaan masing-masing. Bukan itu sahaja, setiap kenderaan juga mempunyai no plat yang berbeza-beza. Biasanya, apabila anda membeli kenderaan yang baharu atau yang lama, anda akan mendapat sekali no plat yang telah di daftarkan. Ia biasanya adalah secara rawak. Namun begitu, anda tetap boleh membeli dan mendapatkan no plat yang anda inginkan.

Macam Mana Hendak Mendapatkan Nombor Plat??

Biasanya, JPJ anda update mengenai no plat terkini di dalam portal rasminya. No plat terkini ini kemudian akan di beli oleh mereka yang menggemari no plat tersebut dengan cara membida no plat yang mereka inginkan. Kini, untuk membuat bidaan no plat terkini bukanlah satu perkara yang sukar kerana anda boleh melakukan bidaan secara online. Caranya adalah seperti berikut:

1- Untuk membuat bidaan, anda perlu mendapatkan id terlebih dahulu dan Individu/Perniagaan/Syarikat yang layak yang tidak mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP perlu mendaftar di mana-mana pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC terlebih dahulu. Sila kemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:

i) Individu:

Satu salinan kad pengenalan/sijil kelahiran/resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa

ii) Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian:

a. Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan – Borang D (nama syarikat,maklumat dan maklumat pemilik); atau

b. Satu salinan Lesen Perniagaan (Sabah dan Sarawak sahaja)

c. Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.

iii) Syarikat Sdn. Bhd:

a. Satu salinan Borang 9 atau Borang 13 dan Borang 49 atau Borang Seksyen 58.

b. Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.

2- Setelah anda selesai pendaftaran anda kini boleh membida nombor plat kenderaan melalui portal rasmi JPJeBid

Baca Juga: Permohonan Lesen Jualan Langsung Online

Harga Bidaan No Plat Terkini

Harga bidaan untuk setiap no plat terkini adalah tidak sama. Ia ditentukan berdasarkan 4 kategori berikut:

  1. Nombor Bernilai Utama
  2. Nombor Menarik
  3. Nombor Popular
  4. Nombor Biasa

Bukan itu sahaja, setiap kategori no plat terkini juga mempunyai harga minima yang berbeza. Antaranya ialah:

Kategori Harga Minima (RM) Kenaikan Bidaan Minima (RM)
Nombor Bernilai Utama 20,000.00 1,000.00
Nombor Menarik 3,000.00 150.00
Nombor Popular 800.00 40.00
Nombor Biasa 300.00 15.00

Had Membida No Plat Terkini

Untuk membuat bidaan, tidak ada sebarang had untuk anda membuat bidaan. Namun begitu, setiap kategori pembida mempunyai had kelayakan menjadi pemenang. Berikut adalah had kelayakan menjadi pemenang mengikut kategori pembida:

Kategori Had Kelayakan Menjadi Pemenang
Individu 3 nombor kenderaan bagi setiap siri
Perniagaan/ Syarikat 5 nombor kenderaan bagi setiap siri
Pertubuhan, Koperasi Dan Badan Profesional 5 nombor kenderaan bagi setiap siri
Agensi Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun/ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/ Kedutaan/ Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/ Pertubuhan Antarabangsa/ Pejabat Serantau 5 nombor kenderaan bagi setiap siri
Bukan Warganegara 3 nombor kenderaan bagi setiap siri

Kaedah Pembayaran

Pembida hanya boleh melakukan pembayaran bidaan melalui kad kredit tempatan dan kad debit tempatan ((Malaysia Issuer)) sahaja.

Jika bidaan berjaya – amaun bidaan akan ditolak dari kad kredit/ kad debit pembida dengan serta-merta.

Jika bidaan tidak berjaya – pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan dan amaun akan dikreditkan semula ke kad kredit atau kad debit pembida. Tiada caj yang akan dikenakan.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress