Oyen, Hati Ko Kecik Oyen, Ko Ingat Dia Tak Nampak. Jangan Terkejut Kenapa Oyen Kejung Atas Tu

Si Oyen buat hal lagi.

Anjing dan kucing adalah dua haiwan yang cukup sinonim sebagai haiwan kegemaran peliharaan manusia. Kedua-duanya  dianggap sebagai teman manusia, terutamanya bagi mereka yang hidup sendirian tanpa teman, lagi-lagi mereka yang memang suka memeliharanya.

Namun begitu sering kita dapati yang anjing dan kucing tidak boleh berkawan baik hinggakan terdapat pepatah Melayu yang berbunyi bagaikan anjing dengan kucing – bermaksud dua insan yang sering bergaduh dan sukar untuk berdamai.

Seorang pengguna media sosial telah berkongsi satu video lucu dan menghiburkan dimana seekor anjing telah mengejar seekor Si Oyen di kawasan kebun. Sudah tentu si Oyen lari lintang pukang setelah dikejar dan apa jadi sekiranya si Oyen keletihan dan sudah tiada idea nak lari kemana?

Berpaut pada pokok pisang pun boleh ye Oyen. Dah macam kejung dah si Oyen atas pokok pisang tu. Macam-macamlah Oyen ni, suka buat hal. Nampak yakin je dia dengan  harapan si anjing tak perasan.

Nasib baik la Si anjing beredar. “Selamat aku” mungkin itu kata hati Si Oyen.

 

Antara Komen Netizen

“Kesian dia dah jadi kejung dah atas pokok pisang tu”

“Kesian kat oyen, kecut perut dah tu”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *