Di musim pandemik ini, setiap orang harus mematuhi SOP terutamanya wajib memakai Mask jika berada di tempat awam. Ini sudah menjadi norma baru bagi setiap manusia di dunia ini bagi menghalang virus COVID-19 daripada terus berleluasa merebak apatah lagi sekarang sudah bermacam-macam varian virus yang muncul.
Pelitup muka (Mask) sudah menjadi kewajiban untuk dipakai malah jika pergi membeli belah atau membeli barangan keperluan rumah, stok mask tidak dilupakan.
Terdapat pelbagai fesyen mask di pasaran sekarang tetapi pilihlah yang berkualiti dan selamat sejajar dengan kualiti keselamatan yang disarankan.
Lain kisahnya dengan perkongsian video oleh seorang pengguna tik tok yang menggunakan nama @shahren_hamzah ini yang menunjukkan seorang pemuda yang mengenakan mask bukan satu, tapi sekotak terus dipakainya. Sangat lucu jika di tonton yang mana video pemuda ini amat mencuit hati dan membuat sesiapa yang melihatnya terhibur.
Jika dilihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan simbol lucu dengan emoji ketawa, dan ada yang mengatakan juga mungkin terlebih safety. Apapun, video ini membuatkan penonton ketawa dan terhibur.
“Alahai tak semput ke pakai banyak”
“Saya pakai dua lapis pun dah rasa sesak”
“Ini dah kes membazir” komen seorang netizen