Sememangnya leceh kalau nak ke kaunter atau kiosk semata-mata untuk mendapatkan sehelai dua kenyataan transaksi yang digelar Penyata. Bukan ke lagi mudah andainya terdapat kaedah mendapatkannya dengan klik 2-3 kali saja.
Rupanya, ada langkah paling ringkas. Senang gila!
Disini kami kongsikan langkah terlalu ringkas untuk mendapatkan penyata kwsp tanpa mengangkat kaki ke kaunter atau kiosk.
Baca juga : Langkah Pendaftaran Dan Pengaktifkan i-Akaun KWSP (Online)
Semak Penyata KWSP Melalui IC 2022
Semakan penyata kwsp boleh dibuat dengan mengisi maklumat IC ke i-Akaun. Bagaimanapun, anda harus mendaftar untuk mengunakan applikasi ini terlebih dahulu.
Hubungi KWSP di talian 03-89226000 Untuk Aktifkan i-Akaun setelah mendapatkan ID pengguna dan kata laluan sementara.
Selepas daftar, anda boleh akses akaun KWSP ini dengan ID.
Cara Semak KWSP Melalui Telefon?
Untuk semak nombor ahli KWSP anda, sila hubungi KWSP di talian
03 – 8922 6000
Waktu Operasi – Isnin hingga Jumaat | 8 pagi hingga 5 petang.
Kemudahan I-Akaun
Terdapat pelbagai manfaat lain yang disediakan i-Akaun ini, antaranya :
-
- Boleh buat permohonan pengeluaran
- Semakan status permohonan pengeluaran
- Boleh semak informasi berkaitan dengan nomination
Semoga bermanfaat.