“Pakai Tudung Bukan Tiket Untuk Burukkan Orang”-Puteri Balqis

Pelakon cilik Puteri Balqis meluahkan rasa terkilan dan kecewa terhadap komen yang dilontarkan oleh Mia Sara Nasuha menerusi satu komen di tiktok.

Dalam perkongsian Insta Story, Puteri Balqis memuat naik kenyataan Mia Sara yang mengatakan dia dibesarkan dengan cara tidak beragama(islamik)

“Saya baru tahu mengenai perkara ini. Mengapa selebriti Mia Sara Nasuha menulis perkara baik tidak  tentang saya dan kehidupan saya di TikTok dan memberi komen sebegitu sehingga saya dihina teruk oleh ramai orang.

“Jauh di sudut hati, ia sangat menyakitkan hati saya. Ini adalah emak saya yang sedang kamu katakan . satu-satunya perempuan yang amat menyayangi saya. Ia adalah kesakitan yang sukar untuk ditanggung,”

“saya diajar untuk tidak hanya memaparkan muka yang cantik semata tetapi memberikan pengajaran yang baik untuk peminat dan rakan-rakan saya”luahnya.

Biarpun komen yang dibuat Mia Sara itu dibuat pada akhir tahun lalu, tetapi ia kini menjadi sebutan dan juga telah trending di Twitter.

Tambah Puteri Balqis lagi ” Tidak semestinya kamu mengenakan tudung  kamu berhak untuk mengata buruk tentang orang dengan sewenang-wenangnya”

Selain itu, Puteri Balqis menasihatkan Mia Sara untuk memperbetulkan tatabahasa sebelum memberikan komen buruk terhadap dirinya

“Dengan segala hormat dan hormatnya, sila betulkan tatabahasa anda sebelum mengatakan sesuatu yang buruk tentang saya.

“Ibu saya seorang pakar dalam mengajar saya berbahasa english dengan betul. Kami tidak menggunakan sebarang lorat tiktok ‘rempit’ seperti yang kamu lakukan di tiktok dan twitter kamu,” ujarnya. – onviral.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *