Apakah Skim Bantuan Kanak – Kanak Ini?
Untuk pengetahuan anda, Skim Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) ini ialah bantuan yang diberikan secara tahunan kepada kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah demi keluarga/penjaga mereka dapat menambahbaik taraf kehidupan kanak-kanak dirumah.
Pada bajet 2022 tempoh lalu, kerajaan mengumumkan dana sejumlah RM2.4 billion yang akan dimanfaatkan untuk 440,000 isi rumah. Manakala, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah umumkan berita baik berkenaan bantuan ini telah dinaikkan daripada RM450 kepada RM1000.
Apakah Objektif Bantuan Kanak-Kanak 2022?
-
- Membantu penjaga/keluarga kanak-kanak dan membantu kanak-kanak yang tiada/kehilangan ibu bapa supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat.
- Membantu memperkukahkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih-sayang dan perhatian.
Apakah Kriteria Untuk Memohon Bantuan Kanak-Kanak 2022 Ini?
-
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
Bagaimana Cara Memohon Bantuan Kanak-Kanak Ini?
- Layari laman eBantuan JKM
- Klik pada butang “Daftar Permohonan Atas Talian”
- Isi kedua-dua borang A dan borang B dengan lengkap serta maklumat yang terkini dan sahih
- Kemudian, klik pada butang “KEPUTUSAN”
- Hadir ke pejabat JKM terdekat bagi tujuan pengesahan permohonan BKK
- Bawa dokumen ini bersama anda :
-
- Borang permohonan bantuan/borang kemaskini (sekiranya terdapat kemaskini terbaru)
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan kad OKU / Slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
Maklumat Lanjut
- Laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di talian 03-8000 8000