Makan Angin Dengan Perjalanan Tanpa Had | Bayar RM15 Sahaja!

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Pas Keluarga Malaysia bagi menambah minat rakyat Malaysia untuk mengunakan perkhidmatan awam. Usaha ini bukan sahaja dapat menjimatkan ekonomi rakyat malahan boleh mengurangkan pencemaran alam dan juga kesesakan lalu lintas.

Pas Keluarga Malaysia ini membolehkan seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan menggunakan LRT, MRT, Monorel dan BRT di bawah RapidKL untuk satu hari tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan harga cuma RM15.

Apakah Pas Keluarga Malaysia?

Inisiatif Pas Keluarga Malaysia dapat mengalakkan minat rakyat Malaysia agar dapat beriadah dan bersiar-siar bersama yang tersayang.

Ini membolehkan setiap keluarga warganegara Malaysia seramai 4 orang di dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway (BRT) pada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum.

Bagaimana Cara Mendapatkan Pas?

Dengan mudah, pas ini boleh dibeli di mana-mana stesen LRT, MRT, monorel dan BRT pada harga RM15 untuk pakej 4 orang.

Apakah Terma & Syarat?

    • Warganegara Malaysia sahaja
    • Sah pada hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum
    • Perkhidmatan LRT, Monorel, MRT & LRT sahaja

Berapakah Harga Pas Keluarga Malaysia?

Harga pas ini dijual pada kadar berpatutan iaitu pada harga RM15 untuk 4 orang bermula 1 Disember ini.

Bilakah Tarikh Pelaksanaan?

Bermula 1 Disember 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila layari https://myrapid.com.my/

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress