Macam-macam serangga yang ada di dunia ini dan terdapat pelbagai jenis, di antaranya adalah yang berbisa atau menyebabkan kesakitan pada kita. Namun serangga seperti ini membuatkan ramai orang takut iaitu labah-labah, kala jengking, lipan dan banyak lagi.
Seorang pemuda yang dikenali sebagai Wak Sarep mengalami situasi yang sangat mendebarkan dan menakutkan apabila sedar bahawa beliau berdepan dengan serangga berbisa.
Mernurut video yang dimuat naik oleh beliau di account TikTok @waksarepysokan, ia mengisahkan pemuda ini sedang menunggang motosikal selama 40 minit, tiba-tiba beliau merasa sesuatu yang menggelikan di bahaguan kepalanya, dia beranggapan ia hanyalah sebab rambut.
“Masa ride rasa, tapi ingat geli sebab rambut. Berhenti dan check, sekali pandang tak nampak. Rupa-rupanya dia menyorok celah-celah padding helmet. Selak betul-betul baru nampak,” katanya.
Lah rupa-rupanya benda yang buat dia rasa geli masa pakai helmet bukannya sebab rambut tapi ada seekor lipan yang bersembunyi di celah-celah helmet yang dipakai.
Namun lelaki ini sangat bersyukur kenara dirinya masih dilindungi serta tiada apa yang tidak diingini terjadi padanya.
Pemuda ini jutga berpesan agar kepada semua rider di luar sana mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak terjadi sepertinya.
“Hati-hati korang.. Sebelum sarung helmet, check dulu.. Tengah ride, dok geli2 kat telinga pulak..” – Wak