Pelajar Tingkatan 1 Lumpuh Lepas Dos Pertama KKM Sila Jawab Di ‘Courts’.

Tular satu berita pelajar tingkatan 1  lumpuh setelah  beberapa jam menerima vaksin dos pertama jenis Pfizer.Menurut perkongsian video berkenaan,kaki adik Aina tidak dapat digerakkan selepas beberapa jam menerima dos pertama Pfizer.

Namun sehingga kini , pihak kementerian kesihatan malaysia masih tidak memberikan respon balas terhadap apa yang berlaku.Hal ini kerana pihak hospital yang bertanggungjawab menjalankan program vaksinasi di sekolah berkenaan telah tahu bahawa Aina mempunyai penyakit autoimun dimana penyakit ini adalah tidak layak untuk divaksin.
Menjadi persoalan kepada masyarakat umum dan khususnya keluarga Adik Aina sendiri,
mengapakah pihak KKM masih menyuntik pelajar yang mempunyai masalah dalam menerima pemberian dos vaksin ?
Adakah KKM tidak menjalankan saringan awal ke atas pelajar yang layak atau tidak layak divaksin?
Setelah 4 bulan berlalu, adik Aina masih belum menerima lagi Bantuan Kewangan bagi kesan mudarat vaksin RM500,000 bagi kategori hilang upaya kekal.
Hasil perbincangan bersama En. Nazmi, keluarga adik Aina bersetuju kes ini diketengahkan untuk memberi kesedaran kepada ibubapa yang lain bagi menimbangtara memberi kebenaran kepada anak-anak mereka untuk menerima dos vaksin.
Hal ini mendapat perhatian dari Tetuan Amin dan kes ini akan dibawa ke tengah untuk mendapatkan hak Adik Aina kerana ia melibatkan perancangan masa depan dirinya .Turut serta lawatan berkenaan wakil dari guru-guru Malaysian Educator Movement(MEM) yang memberikan semangat dan dorongan untuk menfailkan kes berkenaan.
Terdahulu , Khairy Jamaludin Menteri Kesihatan berkata perlaksanaan vaksin untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun dilaksanakan awal Februari dan keutamaan diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan kerana mereka lebih berisiko untuk dijangkiti Covid-19.-onviral

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress