ABDULLAH SANI – SULTAN MELAKA YANG KACAK TETAPI KEJAM
Mereka yang minat menonton filem melayu lama mesti kenal dengan Sultan Melaka yang kacak tetapi Kejam ini kan. Dia adalah pelakon Abdullah Sani, pemegang watak Sultan Melaka. Dalam Filem tersebut, Sultan Melaka mahu berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang dan menerima bulat-bulat kesemua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Sang Puteri untuk dikahwini. Tanpa menghiraukan keadaan rakyat, beliau tetap mahu syarat-syarat tersebut dipenuhi walaupun kelihatan agak mustahil asalkan dapat berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang.
7 syarat Mas Kahwin yang dipersetujui oleh Sultan Melaka:
-
- Sebuah jambatan emas dari Kota Melaka ke puncak Gunung Ledang
- Hati nyamuk – 7 dulang
- Hati agas – 7 dulang
- Hati kuman – 7 dulang
- Airmata anak dara – 1 tempayan
- Air pinang muda – 1 tempayan
- Darah Tengku Ahmad (Raja Muda) – 1 mangkuk
Itulah Syarat-syarat dan kehendak Puteri Gunung Ledang sekiranya Sultan Melaka mahu meminangnya.
Lakonan Abdullah Sani sebagai Sultan Melaka yang kejam dalam filem PUTERI GUNONG LEDANG sangat berkesan sehingga nama Abdullah Sani begitu sinonim dengan filem tersebut.
ABDULLAH SANI atau nama sebenarnya SANI MOHD SALLEH dilahirkan di Singapura pada tahun 1937. Ayahnya bernama Mohd Salleh dan ibunya bernama Norlia Osman merupakan penggiat seni bangsawan. Mereka memiliki pentas bangsawan sendiri yang dikenali dengan nama Norlia Opera yang ditubuhkan pada tahun 1928. Dari pertubuhan tersebut, Abdullah Sani telah mula berjinak2 dalam dunia lakonan sehinggalah beliau dipelawa oleh Pengarah S Roomai Noor untuk berlakon dalam filem TUNANG PAK DUKUN pada tahun 1960.
Abdullah Sani kemudian dijemput lagi dalam filem LELA SATRIA yang juga di bawah arahan S Roomai Noor. Beliau diberi peluang memegang watak Sultan Melaka dalam dua buah filem iaitu HANG JEBAT dan PUTERI GUNONG LEDANG selepas filem Lela Satria. Kedua filem Epik itu telah mengangkat nama Abdullah Sani menjadi satu nama yang terkenal dan sinonim dengan watak sultan melaka pada zaman kegemilangannya.
Abdullah Sani bersara dari dunia perfileman setelah berlakon dalam 14 buah filem. Filem terakhir beliau adalah filem PUSAKA PONTIANAK yang diarahkan pada tahun 1965. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Esah Muda dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Abdullah Sani telah meninggal dunia pada 4 April 2009 pada usianya menginjak 72 tahun atas sebab terjatuh ketika mahu ke masjid.
Mari kita bersama2 mendoakan agar Allahyarham Abdullah Sani ditempatkan bersama para solihin. AL FATIHAH.