Pelbagai Khasiat Habbatus Sauda Yang Anda Perlu Tahu!

Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan

Habbatus sauda mempunyai banyak nama lain, antaranya black seed, black caraway, natura seed, jintan hitam, bijan hitam, black cumin, nigella sativa, kaluduru dan lain-lain. Ia digunakan sebagai herba ubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masihi. Khasiat habbatus sauda banyak tercatat dalam catatan ilmuwan terdahulu.

Ibnu Sina adalah antara pengkaji manfaat habbatus sauda untuk kesihatan dan perubatan. Ahli perubatan Yunani kuno, Dioscoredes, pada abad pertama Masihi juga telah mencatat manfaat habbatus sauda untuk mengubati sakit kepala dan saluran pernafasan.

Cara Pengambilan Habbatus Sauda

habbatus sauda

1. Aktiviti antioksida

Habbatus sauda kaya dengan bahan-bahan antioksida (flavonoids, folifenol dan thymoquinone, carvacrol, t-anethole dan 4-terpineol). Ini kerana habbatus sauda sebagai bahan antioksida yang baik untuk melawan radikal bebas yang berpunca daripada pencemaran, cahaya matahari dan bahan kimia. Aktiviti antioksida ini dapat melindungi sel dan tubuh badan daripada kerosakan.

2. Mengawal paras gula dalam darah

Memandangkan habbatus sauda juga sejenis tumbuhan berbiji, ia turut menunjukkan kesan antihipoglisemik. Petai telah menunjukkan kesan yang baik terhadap kawalan gula darah dalam kedua-dua kajian yang melibatkan manusia dan haiwan.

3. Menurunkan paras kolesterol

Habbatus sauda merupakan sumber makanan yang baik bagi mengawal dan menurunkan paras LDL. Komponen serat yang terkandung dalam habbatus sauda menjadi salah satu faktor yang memberi kesan efektif terhadap pengawalan paras kolesterol.

4. Mengawal tekanan darah

Habbatus sauda mengandungi mineral yang berfungsi dalam pengawalan tekanan darah seperti kalium dan sodium. Kalium mempunyai sifat berlawanan dengan sodium iaitu merendahkan tekanan darah.

5. Bertindak sebagai anti-radang

Kajian menunjukkan minyak habbatus sauda mempunyai sifat yang boleh melawan keradangan. Dalam satu kajian menunjukkan bahawa minyak habbatus sauda memiliki kesan baik sama seperti ‘painkiller’.

6. Aktiviti antimikrobial

Aktiviti antimikrobial bermaksud aktiviti yang menghalang atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria dan virus. Habbatus sauda dikatakan mampu merencatkan pertumbuhan bakteria seperti Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa, Salmonella enteritidis, and Serratia marcescens.

7. Anti-fungal

Habbatus sauda juga dikatakan dapat merencatkan pertumbuhan fungi. Fungi juga merupakan sejenis mikroorganisma yang hidup dengan kehadiran air atau kelembapan dan udara. Terdapat 3 jenis kompaun dalam habbatus sauda iaitu TQ, thymohydroquinone, dan thymol yang dikatakan memberi kesan terhadap kulat, fungi dan yis.

8. Anti-kanser

Habbatus sauda yang kaya dengan bahan antioksida seperti vitamin dan kompaun bioaktif berpotensi untuk memelihara kesihatan sel dan bertindak untuk menghalang pembentukan sel tidak normal seperti kanser.

9. Penjagaan kesihatan perut dan penghadaman

Perut adalah organ yang penting dalam sistem penghadaman manusia. Ulser adalah salah satu masalah kesihatan yang sering dialami oleh individu yang mengakibatkan gastrik dan ketidakselesaan.

Antara 20 Khasiat Habbatussausa yang lain :

  • Mengubati asma
  • Mengurangkan sakit punggung atau otot
  • Mencegah diabetes
  • Merawat diarrhea
  • Merawat batuk kering
  • Membantu menghilangkan selsema dan hidung tersumbat
  • Mengurankan uban di rambut
  • Merawat rambut gugur dan melebatkan rambut
  • Merawat alahan
  • Menghilangkan sakit kepala
  • Menguatkan daya ingatan dan konsentrasi
  • Meningkatkan kesuburan lelak
  • Meneutralkan racun dalam tubuh
  • Dapat membantu bagi yang sukar tidur atau stress
  • Mengatasi masalah resdung
  • Memperbaiki saluran pencernaan dan antibakteria
  • Melancarkan air susu ibu
  • Tambahan nutrisi pada ibu hamil
  • Meremajakan kulit dan melambatkan penuaan
  • Dapat meningkatkan tahap penglihatan

Nama Anak Lelaki serta Maksud Dalam Islam

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress