Pembayaran Akhir i-Citra RM 1,000 Bermula 1 Disember 2021. Semak Segera!

Untuk makluman anda, bulan Disember adalah bulan terakhir dimana pembayaran i-Citra akan dilaksanakan. Pembayaran i-Citra setiap bulan sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat. Setelah lima bulan ia dilaksanakan kini sudah sampai di penghujung. Ramai juga rakyat yang merayu agar ia disambung tetapi sehingga kini tiada khabar terkini.

Harapan agar kerajaan sedia mendengar keluhan rakyat yang sangat mengharapkan i-Citra diteruskan pada tahun hadapan demi kelangsungan hidup para pencarum.

Pembayaran yang berjumlah sehingga RM1 ,000 setiap bulan ini sekurang-kurangnya telah meringankan serba sedikit beban rakyat untuk membli barang keperluan. Ia sangat membantu rakyat, lebih-lebih lagi kepada mereka yang tiada sumber pendapatan.

Tarikh Bayaran i-Citra Disember

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) belum membuat pengumuan rasmi berkenaan tarikh pembayaran akhir i-Citra.

Akan tetapi, jangkaan pembayaran adalah sama seperti bulan-bulan lepas iaitu pada awal bulan bersamaan dengan:

    • 1 Disember 2021 (Tarikh akan dikemaskini jika terdapat sebarang perubahan)
    • Tempoh pembayaran selewat-lewatnya dalam masa 3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank

Setiap pembayaran i-Citra akan dilaksanakan secara berperingkat jadi ada kemungkinan pembayaran i-Citra anda akan lewat beberapa hari.

Langkah Melakukan Semakan Tarikh Pembayaran i-Citra

Anda boleh melakukan semakan pembayaran i-Citra untuk setiap bulan melalui i-Akaun.

Seperti biasa, berikut ialah panduan untuk membuat semakan tarikh pembayaran

    1. Sila buka aplikasi i-Akaun melalui telefon pintar atau layari laman web i-Akaun KWSP
    2. Sila daftar masuk menggunakan ID dan Kata Laluan yang sudah di daftar
    3. Sila tekan dan semak bahagian ‘Pengeluaran / Withdrawal’
    4. Kemudian sila tekan pada bahagian ‘Sejarah Pengeluaran / Withdrawal History’
    5. Selepas itu, tekan pada paparan ‘i-Citra’
    6. sesudah itu, tarikh pembayaran untuk Disember akan terpapar

Pengeluaran One-Off RM 10,000

Ketika negara sedang mengalami kenaikan harga barang, rakyat kini semakin berharap agar pihak kerajaan turut mampu memberikan kemudahan pengeluaran one-off. Pengeluaran one-off RM 10,000 merupakan antara perkara yang sangat diperjuangkan oleh rakyat dan beberapi ahli politik selain daripada i-Citra.

Setakat hari ini tiada berita positif yang diterima daripada pihak KWSP dan kerajaan berkenaan pengeluaran one-off ini.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress